• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Sindiket Jual Kereta Klon dari Singapura Sasar Pembeli Muda Teruja Hidup Mewah

Sindiket Jual Kereta Klon dari Singapura Sasar Pembeli Muda Teruja Hidup Mewah

November 25, 2022 By Wahid Leave a Comment

96
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SIKAP teruja menayang hidup mewah menjadi sasaran sindiket menjual kenderaan mewah pada harga murah yang kini tumbang selepas aktiviti jenayah itu dibongkat dalam Operasi Khas Kenderaan Klon dijalankan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Antara kenderaan mewah popular menjadi buruan pembeli kenderaan klon ialah BMW, Mercedes-Benz, Lexus, Honda dan Toyota yang dibawa masuk dari Singapura.

BACA >>> Motosikal Klon Ducati Panigale V4, Streetfighter V4, Sepantas 119kmj!

Sijil Hak Memiliki Kereta (COE) untuk kereta terpakai yang hampir tamat dilaporkan disembuyikan di Malaysia sebelum diklon dan dijual pada harga murah antara S$3,000 (RM9,790) hingga S$5,000 (RM16,310) dengan mensasarkan pembeli berusia 25 tahun hingga 40 tahun.

Menurut JPJ, pembeli juga dijanjikan cukai jalan dan geran walaupun tidak pernah dikeluarkan JPJ.

Bagaimanapun, tidak tangkapan dilaporkan kerana JPJ masih sedang mengesan rangkaian sindiket berkenaan yang menggunakan akaun media sosial palsu.

JPJ menggunakan sistem Permit Kemasukan Kenderaan Caj Jalan (RCVEP) di pintu masuk Johor untuk mengesan kenderaan masuk dan keluar ke dalam negara. Sistem itu akan menyimpan rekod kenderaan yang berada melebihi dua bulan di Malaysia.

JPJ kini sudah memulakan operasi bagi mengesan semua kenderaan berkenaan.

JPJ setakat ini menangkap 329 individu atas kes kenderaan klon sejak 2011. Kenderaan itu kemudian dilelong pada 2019 yang mana 234 unit dibeli dengan menyumbangkan RM4.69 juta kepada pendapatan Kerajaan.

BACA >>> Cangyun XS500 - Cruiser Klon Honda Rebel 500 dari China, Harga RM40k!
BACA >>> Klon Ducati Monster, Dayun STS 400C (2022) di Pasaran China, Harga RM17k Sahaja!

Related

96
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), kereta klon, kereta singapura, Operasi Khas Kenderaan Klon, Permit Kemasukan Kenderaan Caj Jalan (RCVEP), Sijil Hak Memiliki Kereta (COE)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish
    AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev