YAMAHA Brazil melancarkan skuter Yamaha NMAX Connected 160 ABS (2023) dalam dua varian pilihan dengan konektiviti telefon pintar menggunakan aplikasi Yamaha Connect menerusi sambungan wayarles Bluetooth.
Dua varian ditawarkan ialah Standard dengan tiga pilihan warna, dan Special Edition (SE). Berikut perincian skuter maksi tersebut:
WARNA
- Yamaha NMAX Connected 160 ABS: Navy Blue (biru metalik), Solar Red (merah) dan Matt Green (hijau kusam) - BRL 19,690 (RM16,480)
- Yamaha NMAX Connected 160 ABS SE: Matt Gray (kelabu kusam) BRL 19,990 (RM16,730)
Jaminan diberi selama 4 tahun.
BACA >>> #Perbandingan: Honda Vario 150 (2020) vs Honda Vario 160 (2022), Mana Satu Berbaloi?
BACA >>> #Perbandingan: Honda Vario 160 vs Yamaha NVX 155, Mana Satu Lebih Berkuasa?
PRESTASI
- Trenkuasa 4-injap silinder tunggal 155cc SOHC penyejukan cecair dengan teknologi injap variabel VVA berkuasa 15.4hp @ 8,000rpm dan tork 13.7Nm @ 6,500rpm, manakala transmisi automatik CVT.
PERINCIAN
- Kekal dengan rekabentuk skuter sporty dan moden dengan mengambil ilham gaya Yamaha XMAX ABS.
- Lampu depan dan belakang LED, lampu signal disepadukan dengan lampu kecemasan.
- Ruang simpanan bawah pelana 25 liter yang boleh memuatkan sebuah helmet muka penuh dan barangan lain.
- Ada ruang simpanan kecil untuk menempatkan objek kecil seperti dompet atau telefon pintar.
- Ada soket 12V sebelah kiri disediakan bawah pelana untuk mengecas telefon pintar atau peranti elektronik lain.
BACA >>> HLYM Perkenal 4 Warna Baharu Yamaha NVX 155 (2022), Harga Asas Naik!
- Lantai kaki luas membantu penunggang memberikan keselesaan ketika menunggang.
- Pelana lebih tinggi untuk penunggang kekal selesa dan mendapat pandangan lebih baik ketika menunggang.
- Suspensi belakang dwi-absorber dengan jarak travel 86mm boleh laras manual dua tahap iaitu untuk tetapan lembut, dan satu lagi untuk tetapan keras.
- Fork depan teleskopik dengan jarak travel 100mm untuk keselesaan tanpa menjejaskan aspek kestabilan dan kestabilan tunggangan.
- Sistem brek cakera tunggal untuk kedua-dua roda yang masing-masing berukuran 230mm, juga dilenghkapkan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran.
- Rim aloi aluminium 13 inci seberat 530g (depan), 710g (belakang).
- Tayar Pirelli Diablo Scooter untuk daya tahan lebih baik dan menguatkan cengkaman. Saiz tayar 110/70 (depan), 130/70 (belakang).
- Ada ciri Kawalan Traksi (TC) untuk hantaran kuasa lebih baik ke roda belakang. Sistem TC boleh dinyah aktif menggunakan butang menu sebelah kiri hendal.
- Ada sistem Henti-Mula (Stop-Start) untuk penjimatan bahan api apabila skuter berhenti selepas 1.5 saat, Ini mengurangkan emisi karbon, dan sistem ini juga boleh dinyah aktif dengan menekan butang pada bar hendal.
- Menggunakan sistem kunci pintar.
- Panel meter digital penuh LED tetapi bukannya berwarna penuh.
- Berat skuter 126kg. Tangki minyak 7.1 liter dengan jarak tunggangan kira-kira 250km.
YAMAHA CONNECT
Pengguna boleh menghubungkan telefon pintar dengan Yamaha NMAX Connected 160 ABS. menerusi muat turun aplikasi Yamaha Motorcycle Connect dan menghubungkan dengan sambungan Bluetooth. Ciri ini menyokong peranti Android mahupun Apple.
- Periksa status minyak enjin dan paras kuasa bateri.
- Petunjuk lokasi terakhir parkir.
- Melihat rekod penggunaan bahan api untuk tunggangan harian dan bulanan.
- Membuat perbandingan tungangan ekonomi dengan pengguna lain melalui ECO Ranking.
- Menerima peringatan penyenggaraan dan kerosakan skuter, boleh dihantar ke e-emel pilihan anda.
- Ada Revs Dashboard dan panel yang membolehkan penunggang melihat maklumat tambahan menerusi telefon pintar. Contohnya, RPM dan sudut bukaan terotel.
- Menerima panggilan dan notifikasi mesej melalui panel meter.
- Boleh merekod, simpan dan kongsi laluan kegemaraan anda di media sosial.
BACA >>> #ApaNakBuat: Bilakah Pad Brek Motosikal Perlu Ditukar?
BACA >>> #ApaNakBuat: Lelaki Ini Ajar Teknik Mudah Guna Tongkat Tengah untuk Tegakkan Motosikal
BACA >>> #ApaNakBuat: Kemalangan Depan Mata, Apa Perlu Anda Lakukan?
Leave a Reply