• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Nahas Konvoi, Penunggang, Pembonceng Maut di PD

Nahas Konvoi, Penunggang, Pembonceng Maut di PD

November 21, 2022 By Farah Leave a Comment

142
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KEGEMBIRAAN konvoi motosikal berakhir tragedi apabila dua rakan mereka maut dalam kemalangan di KM 14.3 Lebuh Raya Seremban-Port Dickson menghala Seremban, Negeri Sembilan, malam tadi.

Kedua-dua mangsa ialah penunggang remaja lelaki dan pembonceng perempuan yang menaiki motosikal sama dalam satu konvoi kira-kira 50 motosikal.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, kemalangan membabitkan lapan motosikal dan sebuah kereta.

Remaja lelaki berusia 19 tahun berasal dari Kajang, manakala pembonceng ialah wanita berusia 14 tahun dari Kuala Lumpur.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila remaja lelaki itu gagal mengawal motosikal dan terlanggar belakang kereta hingga menyebabkan kedua-dua mangsa terjatuh atas jalan. Akibat kemalangan itu, beberapa motosikal yang berkonvoi di belakang cuba mengelak dan saling berlanggar satu sama lain.

Mangsa parah dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di zon merah Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

BACA>>>
Lawak!! Pulas 'Throttle' Sampai Berasap-asap, Sekali Tak Boleh Jalan
BACA>>> 30 Unit Honda CBR1000RR-R Fireblade Edisi Khas untuk Peminat Jaguh Lumba TT

SUMBER: HMetro

Related

142
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: kemalangan, Konvoi Motosikal, motosikal

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95
    Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev