• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Helmet Pintar Shoei Opticson Mula Jual 17 Disember (di Jepun), Harga RM4.4k

Helmet Pintar Shoei Opticson Mula Jual 17 Disember (di Jepun), Harga RM4.4k

November 29, 2022 By Wahid Leave a Comment

198
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KINI muncul satu helmet pintar yang bakal tiba di pasaran selepas beberapa pengeluar baharu seperti Jarvis kecundang. Pengeluar helmet termuka dari Jepun, Shoei akan memasarkan helmet pintar Shoei Opticson di pasaran negara itu bermula 17 Disember ini.

Prototaip helmet tersebut sudah didedahkan seawal April tahun ini sempena Pameran Motosikal Osaka dengan mendapat banyak pertanyaan daripada banyak pihak. Kini, Shoei memutuskan produk itu dijual dalam jumlah terhad di Jepun sebagai permulaan.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Piawaian Baharu UNECE R22.06 untuk Helmet? Apa Berbeza?

Berikut ciri Shoei Opticson:

  • Hadir dalam bentuk helmet muka penuh (full face) biasa, dan dilengkapi paparan dongak (HUD) boleh laras yang diposisikan di depan mata kanan pemakai.
  • Projektor maklumat pula diletakkan dalam bahagian pelindung dagu (chinbar) yang memantulkan data tunggangan ke skrin HUD.
shoei-opticson---display
shoei_opticson_1
  • Antara data dipaparkan ialah maklumat navigasi dari telefon pintar yang disambungkan menerusi Bluetooth.
  • Panel HUD memiliki fungsi menukar tahap kecerahan mengikut keadaan cahaya sekeliling, dan pengguna boleh juga memilih lima tetapan kecerahan yang ada.
  • Siap dipasang pembesar suara dan mikrofon terbina dalam untuk fungsi arahan suara, memainkan muzik, dan membuat panggilan telefon.

Shoei Opticson akan dijual di tiga premis Shoei Gallery di Jepun, iaitu Tokyo, Osaka, dan Yokohama pada harga 137,500 yen (RM4,470), tidak termasuk bateri khas yang berharga 11,000 yen (RM360).

Selain itu, pembeli juga perlu melanggan aplikasi Touring Supporter yang dikhaskan utnuk paparan navigasi di Jepun yang berharga 8,000 yen (RM260) setahun. Shoei setakat ini belum mengesahkan akan menjual helmet pintar itu ke pasaran dunia lain.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Perbezaan Helmet Motosikal dan Helmet Kereta?
BACA >>> Shoei Glamster - Helmet Khas untuk Penunggang Retro Moden

Shoei-OPTICSON-Smart-Helmet-2-1000x667
shoei_opticson_1
shoei-opticson_01
shoei-opticson---matte-black
shoei-opticson---luminous-white
shoei-opticson---display
shoei-opticson---battery

Related

198
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori, Roda2 Tagged With: aksesori, aksesori motosikal, helmet, Helmet Shoei Opticson, shoei, Shoei Opticson

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • U Mobile Lancar Rangkaian 5G Generasi Baharu yang Lebih Pantas, ULTRA5G di Malaysia
    U Mobile Lancar Rangkaian 5G Generasi Baharu yang Lebih Pantas, ULTRA5G di Malaysia

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev