• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Semua Suzuki GSX-RR Akan Lupus

Semua Suzuki GSX-RR Akan Lupus

November 21, 2022 By Wahid Leave a Comment

1.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SUZUKI GSX-RR
adalah antara jentera MotoGP disegani dan tercantik dalam kejuaraan dunia itu. Tetapi kini, semua jentera itu akan dilupuskan.

Musim 2022 adalah kali terakhir Suzuki beraksi dalam Kejuaraan Dunia MotoGP yang disambut rasa sedih ramai peminat motosikal, sama ada penyokong pasukan itu atau pihak lawan. Penarikan diri itu juga memberi kesan kepada sportbike jalanan Suzuki kerana pengelaur itu juga akan menghentikan pengeluaran Suzuki GSX-R1000.

Pengurus pasukan Ecstar Suzuki MotoGP, Livio Suppo berkata, mungkin satu atau dua unit Suzuki GSX-RR (daripada 42 unit) akan ditempatkan dalam muzium, tetapi unit lain akan dihapuskan, termasuk semua alat ganti.

Setiap pasukan pengilang Jepun juga berbuat demikian (menghapuskan jentera MotoGP) kerana pihak berkuasa akan tetap mengenakan cukai ke atas motosikal yang dikira aktif walaupun tidak digunakan lagi," katanya.

Pelumba Suzuki Ecstar, Alex Rins yang memenangi dua daripada tiga perlumbaan MotoGP terakhir pula mendakwa sudah meminta seunit Suzuki GSX-RR musim 2022 untuk disimpan.

Saya ada seunit diberikan Suzuki pada Julai 2022, tetapi itu model 2020 dan sudah tidak boleh dihidupkan," katanya.

Jentera itu kini berada di ruang tamu rumahnya di Andorra, Sepanyol. Rins juga mendakwa sudah memberitahu bos pasukan itu, Shinichi Sahara menegnai hasratnya menambahkan seunit motosikal tersebut sebagai koleksi peribadinya.

Saya meminta motosikal itu dipindahkan ke 'motorhome' saya, tetapi Shinichi berkata dia mahu meminta kebenaran pejabat Suzuki Jepun dahulu. Saya akan membeli salah sebuah jika berpeluang," katanya lagi.

Rins dilaporkan berhijrah ke pasukan LCR Honda bagi menggantikan Alex Marquez, musim depan.

 

Related

1.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Alex Rins, Auto Terkini, Livio Suppo, MotoGP, Shinichi Sahara, Suzuki GSX-R1000

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
    Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev