• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kemalangan 7 Kenderaan di PLUS Menjelang PRU15, Pemandu Treler Maut Tersepit

Kemalangan 7 Kenderaan di PLUS Menjelang PRU15, Pemandu Treler Maut Tersepit

November 19, 2022 By Han Othman Leave a Comment

167
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEORANG pemandu treler maut dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan termasuk tiga treler di KM382.3 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah Selatan, berhampiran Slim River, Perak awal pagi semalam.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 1 pagi semalam dan mengerahkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Slim River ke tempat kejadian.

BACA >>> Brek Treler Masalah Punca 8 Kenderaan Kemalangan Di Lebuhraya Puchong-Bukit Jalil

Menurut Twitter PLUS, kemalangan tersebut menyebabkan kesesakan sejauh 4km kerana semua lorong terhalang selain memberikan laluan untuk kerja pengalihan kenderaan terbabit kemalangan.

Menurut polis, kemalangan membabitkan empat treler, dua kereta, iaitu Nissan X-Trail dan Proton Iriz, dan sebuah ambulans. Kemalangan berlaku apabila pemandu treler yang sedang dalam perjalanan dari Ipoh ke Kuala Lumpur hilang kawalan hingga menyebabkan kemalangan berantai.

Mangsa maut ialah pemandu treler, Mohd Khairuddin Md Taharim, 44, yang beralamat di Bukit Beruntung, Selangor apabila kenderaan dipandunya hilang kawalan dan terbabas hingga melintangi dan menutupi lorong kiri serta bahu jalan. Sebuah lagi treler melintang ke kanan jalan dengan menutupi lorong tengah dan kanan laluan lebuh raya berkenaan. Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

BACA >>> Treler Bawa Lima Kereta Honda Baharu Terbakar di PLUS Seremban
BACA >>> Baru Seminggu Kerja, Penunggang Maut Digilis Treler

kemalangan-3-treler-plus-1
kemalangan-3-treler-plus-2
kemalangan-3-treler-plus-3
kemalangan-3-treler-plus-4
kemalangan-3-treler-plus-5
kemalangan-3-treler-plus-6
kemalangan-3-treler-plus-7

SUMBER: Bernama

Related

167
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak, kemalangan, kemalangan treler, Lebuhraya PLUS

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev