SEBANYAK 44 pasukan akan menyertai perlumbaan BRAAAP 2 Hours Endurance 2022 yang bakal berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 11 Disember 2022.
Acara itu akan berlangsung pada waktu malam di Litar Selatan SIC untuk roda dua membabitkan motosikal jenis kapcai dan sportbike, kapasiti 150cc hingga 400cc. Berikut ialah perincian acara:
JENIS PERLUMBAAN
- Endurance 2 jam (perdana): Dibuka kepada pelumba profesional, amatur
- Lap Sprint (sokongan): Dibuka kepada pelumba amatur sahaja
KELAS PELUMBA
- Pelumba amatur: ada lesen perlumbaan sah keluaran Persatuan Pemotoran Malaysia (MAM)
- Pelumba professional: pernah sertai kategori perdana Kejohanan Cub Prix Malaysia, Malaysian Superbike Championship dan kejohanan antarabangsa seperti MotoGP, Asia Road Racing Championship, kejuaraan remaja antarabangsa CEV, FIM Asia Supermoto dan kejuaraan lain
JEMPUTAN PELUMBA LUAR NEGARA
- Acara juga melibatkan beberapa pelumba jemputan dari Thailand, Indonesia, Taiwan dan Filipina.
- Tujuan memberi saingan kepada pelumba tempatan, mempromosikan sukan permotoran Malaysia ke peringkat antarabangsa.
KATEGORI PERLUMBAAN
Ada enam kategori perlumbaan iaitu masing-masing tiga untuk saingan Endurance dan Sprint.
Endurance
- Gandingan dua pelumba yang menunggang satu jentera secara bergilir-gilir untuk mencatat bilangan lap terbanyak dalam tempoh 2 jam
- Kategori kelas MP150 dan MP150 Elite melibatkan moped 150cc 4-lejang
- Kategori kelas SB150 untuk sportbike 150cc 4-lejang
Sprint
- Saingan individu sebanyak 8 pusingan.
- Kategori SB250 dan SB250 Elite untuk jentera 250cc
- Kategori B400 untuk jentera 400cc.
HADIAH
- Ada trofi, hadiah berupa produk dan wang tunai untuk tiga pemenang utama untuk setiap kategori.
Ketua penganjur yang juga Presiden BRAAAP Motorsports, Azuan Izadee berkata:
“Kami amat teruja dan terharu dengan sambutan yang cukup memberangsangkan ini. Ia menguatkan semangat kami bukan saja untuk menjadikan perlumbaan BRAAAP 2 Hours Endurance 2022 ini sebagai acara tahunan; tetapi sebagai acara perdana dalam kalendar sukan permotoran negara."
BACA >>> Tuneboss BTA 2019: Siri Perlumbaan Motosikal Amatur Bajet Rendah, Daftar Sekarang!
BACA >>> Yamaha YZF-R7 (2022) Muncul di Sepang, Bakal Jadi Model CKD?
BACA >>> Litar Go-Kart Antarabangsa Sepang (SIKC) Wajah Baharu, Akan Buka Hingga Tengah Malam!
Leave a Reply