YAMAHA mengharungi detik-detik sukar dalam dua siri kejuaraan dunia. Fabio Quartararo gagal mengekalkan gelaran juara dunia 2022 selepas aksi GP Valencia. Pelumba Pata Yamaha, Toprak Razgatlioglu turut alami nasib sama di Kejohanan Superbike Dunia (WorldSBK).
Dalam kedua-dua kes, Yamaha kalah kepada tim Ducati. Quartararo tewas kepada Francesco Bagnaia (Ducati Lenovo Team) manakala Toprak di belakang Alvaro Bautista (Ducati).
BACA >>> Quartararo Tutup TV, Tak Sanggup Tengok Pecco Rai Kemenangan Juara GP 2022
BACA >>> Quartararo Kecewa Enjin Baharu Yamaha Tidak 'Power', Lemau Macam M1 Lama
Quartararo sudah meluahkan rasa kecewa dengan prestasi trenkuasa YZF-M1 2023 yang dianggap 'lemau' macam 2022 selepas ujian di Valencia. Kini giliran Toprak dan beliau memberi satu mesej jelas dalam laporan TodoCircuito iaitu:
"Aku dah buat apa yang mampu. Aku dah dapat tempat pertama dan lap paling pantas dalam semua race. Lebih dari itu memang mustahil lah.
"Aku perlu menang kesemua tiga perlumbaan kat sini, itu satu-satunya peluang aku ada. Aku dah hilang kejuaraan tapi pada akhirnya, aku cuma fikir nak menang race kat sini.
"Aku tak fikir banyak pun pasal kejuaraan. Lagipun, aku dah takde tenaga. Aku memang rasa hampa sepanjang perlumbaan. Tahniah la Alvaro, dia dapat enjoy musim paling baik dan begitu juga Ducati yang ada motor paling laju tahun ni.
"Kita kena tambah baik dan cari lebih banyak kuasa, kita perlu motor yang lebih baik kalau nak lawan gelaran title sebabnya Ducati memang terlalu laju.
"Jujur la aku cakap. Aku tak faham apa benda Ducati duk fikir. Diorang bukan ada motor lemau tapi akan dapat satu lagi motor baru. Yamaha idok ler nak buat benda sama (macam Ducati), tapi tim aku akan cuba hasilkan motor pantas untuk aku nanti."
BACA >>> RNF Yamaha Jadi CryptoDATA RNF Aprilia untuk MotoGP 2023
BACA >>> Lin Jarvis: "Yamaha Patut Tawar Toprak Masuk Pasukang Pengilang Musim Ini"
BACA >>> Fabio Quartararo Sah Juara Dunia MotoGP 2021!
BACA >>> Toprak Razgatlioglu Sah Juara WorldSBK 2021
BACA >>> Pecco: Enjin Yamaha Quartararo Sebenarnya Tak Cukup 'Power'
BACA >>> Tunggang Gaya Lama Punca Morbidelli Gagal Menyerlah Seperti Quartararo
SUMBER: MotorcycleSports
Leave a Reply