• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Guru Besar Maut Dalam Perjalanan Ke Sekolah

Guru Besar Maut Dalam Perjalanan Ke Sekolah

November 16, 2022 By Farah Leave a Comment

147
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

SEORANG guru besar sekolah kebangsaan di Perak maut ketika dalam perjalanan ke sekolah selepas motosikal yang ditungganginya berlanggar dengan sebuah kereta Perodua Alza di Kilometer 23.5 Jalan Ipoh - Kuala Lumpur, Kampar, pagi semalam.

Dalam kejadian itu, Mohd Erilzuddin Affendi Mohd Amir, 45, yang juga merupakan Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Sahom, Kampar, Perak, maut di tempat kejadian ekoran kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Mohamad Nazri Daud berkata, kemalangan dipercayai berlaku ekoran Alza dipandu seorang wanita hilang kawalan dan berpusing masuk ke laluan bertentangan lalu berlanggar dengan skuter ditunggangi mangsa.

"Siasatan awal mendapati MPV yang dipandu seorang wanita berusia 42 tahun dalam perjalanan dari arah Kampar menuju ke Ipoh.

"Kenderaan terbabit dipercayai hilang kawalan dan berpusing masuk ke laluan motosikal yang bergerak terus hala ke Kampar," katanya.

Pemandu Alza turut dibawa ke Hospital Kampar bagi rawatan, manakala mayat mangsa dibawa ke unit forensik hospital yang sama.

Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

BACA>>> Trak ATM Bawa 24 Anggota Tentera ke Pusat Mengundi Terbalik, Dua Parah
BACA>>> Rossi: "Ducati Nak Aku Tolong Test Prototaip 2023 untuk Pecco"

Related

147
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Alza, kemalangan motosikal, motosikal dilanggar, skuter

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev