• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Vietnam Perbaharui Penampilan Honda Winner X Sports (2023), Harga Kekal RM9.6k

Vietnam Perbaharui Penampilan Honda Winner X Sports (2023), Harga Kekal RM9.6k

November 22, 2022 By Aryon Leave a Comment

347
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA Vietnam memperkenalkan Honda Winner X Sports (2023), yang diperbaharui rekaan grafik dekal, dan skema warna badan di beberapa bahagian.

Varian baharu ini dijual pada harga 50.56 juta dong (RM9,310), sama seperti varian lama yang juga lebih murah daripada Yamaha Exciter yang dijual pada harga 52.49 juta dong (RM9,660).

BACA >>> Honda RS-X Repsol Edition (2022) Kini di Malaysia, Terhad 5,000 Unit, Harga RM9.9k!
BACA >>> Perbandingan: Honda RS-X vs RS150R, Apa Berbeza?

Perubahan paling ketara Honda Winner X Sports (2023) ialah:

  • Strip putih pada dekal badan berbanding cuma merah pada model lama. Perubahan itu menampakkan penampilahn Honda Winner X Sport lebih menonjol dan menarik dipandang.
  • Rim 17 inci dicat dalam warna  tembaga yang sama seperti Yamaha Exciter 155 60th Anniversary sempena meraikan penyertaan pengeluar itu dalam Kejuaraan Dunia MotoGP.
  • Aspek mekanikal tidak berubah. Masih dijana enjin 4-lejang silinder tunggal 150cc DOHC penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api PGM-FI berkuasa 15.4hp @ 9,000rpm dan tork 13,5Nm @ 6,500rpm.
  • Trasmisi manual 6-kelajuan.
  • Sistem suspensi fork teleskopik (depan) dan monoshock (belakang).
  • Sistem brek cakera tunggal petal (depan), dan cakera tungga petal (belakang).
  • Tinggi pelana 795mm, jarak lega bumi 151mm, berat kerb 155kg.
  • Kapasiti tangki petrol 4.5 liter.
  • Saiz tayar 90/80 17M/C 46P (depan), dan 120/70 17M/C 58P (belakang)

  • Dengan enjin kecil dan tanpa teknologi injap variabel, supermoped ini agak sukar bersaing dengan pesaing setara, Yamaha Exciter 155 (17.7hp, 14.4Nm).
  • Buat masa ini Honda Vietnam menawarkan Honda Winner X dalam tiga varian: Standard, Special dan Sports, pada harga bermula 46.16 juta dong (RM8,495).
  • Selain harga lebih murah daripada Yamaha Exciter 155, Honda Winner X juga mampu menarik minat pembeli dengan ciri Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) di depan yang ditawarkan pada varian Special dan Sport.
  • Menariknya, Honda Winner X dijual di bawah harga pasaran dicadangkan, berbeza daripada Yamaha Exciter 155 yang rata-rata lebih mahal daripada harga saranan.

BACA >>> #Perbandingan: Honda Winner X (2022) Setanding Yamaha Exciter 155 VVA di Vietnam?
BACA >>> Vietnam Lancar Warna Baharu Yamaha Exciter 155 VVA GP Version, Harga RM9.3k!

SUMBER: Zingnews.vn

Related

347
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Honda Winner X, Honda Winner X Sport, Honda Winner X Sports (2023), Kapcai, roda2, Supermoped

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my