• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / DLA 35 - Lamborghini Paling Perlahan Kini Dilelong, Cuma 177 Unit Seluruh Dunia

DLA 35 - Lamborghini Paling Perlahan Kini Dilelong, Cuma 177 Unit Seluruh Dunia

February 10, 2017 By Han Othman 1 Comment

159
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

traktor-lamborghini-dla-35-1957-bg
JIKA anda kaya dan bosan membeli kenderaan mahal klise seperti supercar, rumah lelongan The Grand Palais, Paris minggu ini bakal melelongkan jentera Lamborghini paling perlahan di dunia. Tetapi ingat, Lamborgini itu bukanlah sebuah supercar, sebaliknya sebuah traktor yang boleh digunakan untuk kerja-kerja pertanian.

Lamborghini DLA 35 adalah salah satu daripada 177 traktor yang dibina pada 1957, dan antara kenderaan fasa awal Ferruccio Lamborghini sebelum beliau melebarkan empayarnya sebagai pengeluar kereta supercar mewah.

CUMA 177 UNIT SELURUH DUNIA

Traktor Lamborghini diasaskan seawal 1940-an dan pembinaan model pertama adalah menggunakan material yang diambil daripada kenderaan perang. Malah, Lamborghini pernah menjadi antara pengeluar kelengkapan pertanian terbesar di Itali. Lihatlah traktor tersebut yang jelas menyerlahkan keanggunan jenama itu sendiri.

Dikuasakan enjin 3 silinder bersesaran 2,200cc dengan kuasa kuda 36hp, traktor Lamborghini DLA 35 sudah siap dibaiki dan dipulihkan pada tahun lalu dengan kemasan warna jingga dan biru serta dipasangkan set tayar baharu.

Traktor yang cantik ini akan menjadi satu tambahan tersendiri dan sangat dialu-alukan kepada apa saja koleksi jentera pertanian klasik, atau tambahan unik kepada sebarang koleksi Lamborghini."

Ia mempunyai potensi untuk menarik perhatian orang ramai, terutama apabila dipamerkan bersama barisan supercar paling cantik yang berkongsi lambang 'lembu mengamuk', seperti legenda Miura dan Countach."

- Rumah Lelong Bonhams

Harga dibuka bermula sekitar £22,000 (RM122,299). Jika mengambil kira produk sama yang pernah terjual tahun lalu, mereka yang berminat perlu bersiap sedia dengan tunai yang boleh mencecah sehingga £89,000 (RM494,758).

traktor-lamborghini-dla-35-1957-1
traktor-lamborghini-dla-35-1957-2
traktor-lamborghini-dla-35-1957-3
traktor-lamborghini-dla-35-1957-4
traktor-lamborghini-dla-35-1957-5
traktor-lamborghini-dla-35-1957-6
traktor-lamborghini-dla-35-1957-7

SUMBER: The Telegraph

Related

159
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda4 Tagged With: Ferruccio Lamborghini, Lamborghini DLA 35, Lamborghini paling perlahan, Roda4, traktor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev