• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Volkswagen Hasilkan Kerusi Pejabat Elektrik yang Mampu Pecut 19kmj

Volkswagen Hasilkan Kerusi Pejabat Elektrik yang Mampu Pecut 19kmj

November 21, 2022 By Wahid Leave a Comment

95
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MUNGKIN anda pernah menonton filem Wall-E, yang mana penumpang kapal angkasa di masa depan meluncur ke sana-sini hanya dengan duduk atas kerusi. Mungkinkah kita akan mengorak langkah ke arah itu dengan ciptaan kerusi pejabat elektrik Volkswagen ini?

Kerusi ini (sebenarnya perlu disebut 'kerusi pejabat elektrik' kerana 'kerusi elektrik' membawa maksud lain) dibina Volkswagen Norway. Ciri ditawarkan pula pasti mampu membuat fanatik teknologi teruja kerana ini bukan lawak April Fool's.

BACA >>> Netizen Thailand Berang Bas Awam Uzur Sampai Tumbuh Cendawan Atas Kerusi

Kerusi ini mempunyai lima roda, dan dua daripadanya ialah roda pacu. Cas penuh memberikan jarak maksimum sejauh 11km yang cukup untuk seminggu pergerakan dalam pejabat bersaiz sederhana.

Tetapi ia juga dapat mencapai kelajuan maksimum 19kmj, dan dilengkapi hon supaya dapat memberi amaran kepada rakan sekerja ketika penggunanya hendak meluncur laju dari satu bahagian ke bahagian lain. Ciri keselamatan disediakan ialah tali keledar, tetapi tiada beg udara.

kerusi-pejabat-elektrik-volkswagen-3
kerusi-pejabat-elektrik-volkswagen-2

Selain sulaman logo VW, pengguna juga mendapat ciri khas seperti sebuah kereta, seperti lampu LED, port USB, pemanas punggung, kamera pandang belakang dan sensor 360º.

Tidak cukup? Ada satu skrin sentuh dalam perehat tangan sebelah kiri untuk mengawal unit infotainmen dan ruang letak barang yang mampu memuatkan satu komputer riba dan dokumen pelbagai saiz. Akhir sekali, kerusi ini juga dilengkapi satu cangkuk menarik. Ini bukan bergurau.

Jadi adakah produk ini dapat memotivasikan  anda untuk ke pejabat setiap hari? Volkswagen berpendapat begitu dengan mendakwa berjaya menghasilkan produk kepada mereka yang tersangkut dengan kerja pejabat.

Harga belum didedahkan, tetapi kami percaya Daddy Bos Megah Holdings akan membelinya!

BACA >>> #RetroAuto: Lamborghini Espada 400 GT Pernah Jadi Kereta 4-Kerusi Terpantas Dunia!
BACA >>> #TahukahAnda: VW Pernah Hasilkan Volkswagen Golf GTI dengan Enjin Bentley, 641hp!

kerusi-pejabat-elektrik-volkswagen-1
kerusi-pejabat-elektrik-volkswagen-4
kerusi-pejabat-elektrik-volkswagen-2
kerusi-pejabat-elektrik-volkswagen-3

Related

95
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori Tagged With: aksesori, Auto Terkini, Kerusi Pejabat Elektrik, Kerusi Pejabat Elektrik Volkswagen, Volkswagen, Volkswagen Norway

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
    Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev