• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Lelaki Muda Pandu Golf R 280kmj di Australia, Netizen Syak Kamera Polis Bermasalah

Lelaki Muda Pandu Golf R 280kmj di Australia, Netizen Syak Kamera Polis Bermasalah

November 14, 2022 By Shawkath Leave a Comment

44
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

SEORANG lelaki Austria berumur 22 tahun ditahan polis kerana dikatakan memandu kereta Volkswagen Golf R pada kelajuan 280kmj di jalan awam seawal jam 9.30 pagi.

Polis New South Wales (NSW) melaporkan insiden itu berlaku di lebuh raya Hume di bandar Mittagong di Australia. Halaju laluan itu cuma 110kmj.

BACA >>> Abang Lori Potong 'Q', Tunjuk Jari Tengah, Mesti Menyesal Lihat Pemandu 'King' Turun
BACA >>> Video King Enggan Tukar Lorong, Vios Bengang Ikut Rapat-Rapat

Bagaimanapun, perkongsian di Facbook Polis NSW mengundang pelbagai reaksi netizen dengan ramai bertanya adakah Golf R mampu capai kelajuan sepantas itu seperti didakwa polis.

Ada netizen lain mendakwa kelajuan itu boleh dicapai tetapi menerusi beberapa kerja naik taraf perisian dan komponen Golf R.

Ramai netizen lain meminta polis membuat semakan peranti kamera radar yang digunakan kerana mungkin bacaan kelajuan yang dicatat itu adalah tidak tepat.

Apa yang pasti, lesen memandu anak muda itu digantung sementara dan dia diberikan notis hadir ke mahkamah pada Disember ini untuk kes tersebut.

BACA >>> Volkswagen Golf R-Line (2022) Serba Baharu Kini di Malaysia, Harga RM169.9k
BACA >>> #PanduUji: Volkswagen Golf R-Line MK7.5 yang Kecil Tapi Berbisa!

SUMBER: CarScoops

Related

44
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Autoglobal, autoterkini, Isu Keselamatan Jalan Raya, Polis New South Wales (NSW), Roda 4, Viral, Volkswagen Golf R

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev