• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Altis Bikin Bimbang, Rempuh Pintu Masuk Pasar Raya Sebab Tersalah Masuk Gear Undur

Altis Bikin Bimbang, Rempuh Pintu Masuk Pasar Raya Sebab Tersalah Masuk Gear Undur

November 9, 2022 By Han Othman Leave a Comment

59
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEORANG pemandu Toyota Corolla Altis tersalah masuk gear undur hingga merempuh masuk sebuah pasar raya di Ta,an Lela Manja dekat Pekan Rembau di Rembau, Negeri Sembilan, semalam.

Insiden berlaku kira-kira jam 7.50 malam itu menyebabkan seorang pengawal keselamatan cedera ringan dan dihantar di Hospital Rembau untuk rawatan.

BACA >>> Lori Undur Hentam Waja, Tapi Netizen Kata Salah Wira

Menurut polis, siasatan awal mendapati pemandu Corrola Altis berusia 46 tahun itu baru selesai membeli-belah di pasar raya tersebut dan ketika mahu bergerak pulang ke rumah, dia tersilap masuk gear undur hingga kereta dipandunya hilang kawalan dan merempuh pintu masuk pasar raya berkenaan.

Kereta berkenaan terlanggar seorang wanita berusia 56 tahun yang bekerja sebagai pengawal keselamatan. Bagaimanapun, pemandu tidak mengalami kecederaan.

Terdahulu tular video di media sosial yang memaparkan sebuah Corolla Altis putih dengan bahagian belakang berada dalam sebuah pasar raya berdekatan pintu masuk.

BACA >>> Video Perodua Myvi Pandu Mengundur di Lebuh Raya Curi Perhatian Netizen
BACA >>> #ApaNakBuat: Bagaimanakah Cara Undur Keluar Parkir yang Betul?

SUMBER: FB InfoRoadBlock

Related

59
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, kemalangan, Tersalah Masuk Gear Undur, Toyota Corolla Altis

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • Gracshaw Perkenal Tiga Helmet Baharu
    Gracshaw Perkenal Tiga Helmet Baharu

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my