HONDA memperkenalkan model advencer middleweight Honda Transalp (2023) di Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2022 yang bakal bersaing sengit dengan Suzuki V-Strom dan Yamaha Tenere 700.
Honda XL750 Transalp (2023) memiliki ciri dan spesifikasi yang mampu mendominasi segmen dan memikat pembeli apabila menjengah pasaran kelak.
BACA >>> Italjet Dragster #e01 Electric Muncul di EICMA 2022, Lancar Tahun Depan!
BACA >>> Italjet Dragster 500GP Debut di Pameran EICMA 2022, Masuk Pasaran 2024
Berikut perinciannya:
- Ada tiga warna pilihan: Matte Iridium Grey Metallic (kelabu), Ross White (putih) dan Matte Ballistic Black Metallic (hitam).
- Dijana enjin sama seperti Honda CB750 Hornet, 4-lejang 8-injap dwi-silinder sebaris 755cc OHC dengan aci engkol (crankshaft) 270º dan uni-cam berserta teknologi suntikan bahan api (FI) berkuasa 91hp, iaitu sekitar 50 peratus lebih berkuasa berbanding model terdahulu.
- Julat rev agak tinggi untuk enjin dwi-silinder sebaris dengan kuasa puncak pada 9,500rpm dan garisan merah 10,000rpm, manakala tork 75Nm @ 7,250rpm.
- Transmisi manual 6-kelajuan dan dibekalkan bersama sistem klac antigelincir Slipper & Assist (A&S) dan opsyen tambahan Quick Shifter.
- Terotel badan elektronik Ride-by-Wire 46mm.
- Ada lima mod tunggangan yang setiap satu memiliki tetapan berbeza untuk pemetaan enjin, pembrekan enjin, kawalan traksi dan kawalan wheelie.
- Empat mod yang dipraprogramkan ialah Sport, Standard, Rain dan Gravel.
- Mod kelima boleh ditetapkan mengikut keperluan penunggang dalam pilihan empat mod kuasa, lima tetapan kawalan traksi dan tiga mod pembrekan enjin.
- Enjin ditempatkan dalam frem sama seperti Hornet, tetapi ada perubahan geometri untuk keperluan off-road.
- Casis keluli berlian (diamond) seberat kira-kira 18kg membantu menurunkan berat keseluruhan kepada 208kg, termasuk isian petrol penuh.
- Kapasiti tangki minyak 16.9 liter dengan jarak tunggangan 23km per liter.
- Sistem suspensi fork terbalik (USD) 43mm Showa SFF-CA (Separate Function Fork-Cartridge) dengan travel 200mm di depan, dan monoshock Showa dengan travel 190mm di belakang. Ciri talaan cuma untuk prabeban.
- Sistem brek menggunakan dwi-brek cakera 310mm dengan kaliper Nissin 2-piston (depan), dan cakera tunggal 245mm dengan kaliper piston tunggal (belakang).
- Juga dibekalkan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dalam dua tetapan. Sistem ABS belakang boleh dinyah aktif untuk keperluan off-road.
- Visor angin tidak boleh laras, juga tiada gad tangan untuk menjimatkan kos.
- Lampu utama LED, sama seperti Hornet, CB500F dan CB500X. Juga ada fungsi lampu henti kecemasan.
- Lampu signal belok ada fungsi batal sendiri (self-canceling) berasaskan respons dan kelajuan roda depan dan belakang.
- Panel meter TFT berwarna, sama seperti CB750 Hornet dengan konektiviti Bluetooth untuk telefon, kawalan suara untuk sistem Android, mesej, panggilan musik dan navigasi.
- Rim jenis jejari 21 inci dengan tayar 90/90R di depan, dan rim 18 inci dengan tayar 150/70R di belakang.
- Dimensi panjang 2,325mm, lebar 838mm dan tinggi 1,450mm, manakala jarak lega bumi 210mm.
- Tinggi pelana 850mm.
- Jarak roda 1,560mm dan radius pusingan 2.6 meter.
BACA >>> #Spyshot: Suzuki V-Strom 700 Dikesan! Kini Enjin Parallel-Twin, Bakal Cabar Yamaha Tenere 700
BACA >>> Yamaha Tenere 700 World Raid (2022) Lancar, Harga RM65k!
SUMBER: CycleWorld
Leave a Reply