KETUA Mekanik kepada pelumba Jack Miller di Ducati Lenovo, Christian Pupulin digari, diikat dan diusung sepasukan kru Ducati ke padok KTM sebaik saja tamat perlumbaan pusingan akhir Kejuaraan Dunia MotoGP 2022 di Valencia, hujung minggu lalu.
Bagaimanapun, aksi di Litar Ricardo Tormo itu mencuit hati peminat MotoGP dunia dan pasti menjadi momen paling sukar dilupakan KTM dan Pupulin sendiri.
BACA >>> Quartararo Tutup TV, Tak Sanggup Tengok Pecco Rai Kemenangan Juara GP 2022
Rakaman kejadian itu turut dikongsi dalam Twitter MotoGP;
Ducati truly delivered yesterday...quite literally! 📦✅
The Italian squad dropped Christian Pupulin, Jack Miller's crew chief, inside the KTM box ahead of his new endeavour 😂#ValenciaGP | 📽️ @btsportmotogp pic.twitter.com/4iXC1ouWJc
— MotoGP™🏁 (@MotoGP) November 7, 2022
Seperti diketahui, Miller dan Pupulin akan menyertai pasukan KTM Racing untuk musim MotoGP 2023. Sebaik saja menerima 'bungkusan' daripada Ducati, pasukan KTM membantu membebaskan Pupulin sambil diiringi sorakan kedua-dua pasukan.
VIDEO KEDUA
Bis morgen, @jackmilleraus! 👋
Thanks for the special delivery of your crew chief, Cristhian from @ducaticorse and yourself yesterday. We don’t think we’ve seen anything quite like it. 🤣 pic.twitter.com/t8tR64wfqt
— Red Bull KTM Factory Racing (@KTM_Racing) November 7, 2022
SUMBER: MotorPlus
Leave a Reply