PUSPAKOM mengingatkan pemilik kenderaan khususnya lori supaya memastikan lampu belakang kenderaan dipasang atau diikat dengan kemas serta tidak diposisikan dalam keadaan senget.
Perkara itu didedahkan dalam satu perkongsian pagi tadi yang turut menyatakan empat piawaian lampu belakang untuk kenderaan perdagangan iaitu:
- Befungsi dengan baik.
- Dipasang kemas dan tidak longgar atau bergoyang.
- Terang, tidak pecah dan retak.
- Tidak menyala secara berkelip (blinking).
BACA >>> Jangan Main Redah Saja, Pastikan Semua Lampu Berfungsi Barulah Pergi ke Puspakom
BACA >>> Puspakom Tanya, Apa Tujuan Bawa Kenderaan Tanpa Cermin Depan untuk Pemeriksaan?
BACA >>> Hampir 20k Lori Kemalangan 6 Bulan Pertama 2022, JPJ dan SPRM Mahu Gempur Puspakom!
Sebenarnya, perkongsian Puspakom di Facebook adalah nasihat ulangan yang pernah diberi kira-kira seminggu lalu. Jika masih ingat, sebelum ini Puspakom memaparkan foto lampu belakang lori yang pecah semasa pemeriksaan dibuat.
Leave a Reply