• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Rossi Bidas Marquez Cakap Tentang Kontroversi GP Malaysia 2015

Rossi Bidas Marquez Cakap Tentang Kontroversi GP Malaysia 2015

November 7, 2022 By Shawkath Leave a Comment

100
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


VALENTINO Rossi akhirnya membuka mulut dengan menegaskan Marc Marquez cuma 'nampak buruk' setiap kali membangkitkan isu kontroversi mengenai mereka pada GP 2015.

Tujuh tahun lalu, Rossi hilang gelaran juara dunia GP kepada rakan sepasukan, Jorge Lorenzo. Ketika itu, The Doctor berulang kali menuduh Marquez membantu Lorenzo, tetapi dinafikan pelumba Honda itu.

BACA >>> #2018ArgentinaGP:"Marquez Tak Ada Telur" - Rossi Geram Tidak Terkata
BACA >>> Marc Marquez: Mustahil Rossi Jadi Kawan Saya

Rossi dan Marquez kemudian menjadi tumpuan peminat MotoGP dalam pertarungan sengit di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) yang kedua-duanya saling bertembung.

Akibatnya, pelumba Itali itu dikenakan penalti tiga mata dan terpaksa memulakan perlumbaan akhir musim 2015 (GP Valencia) di tempat terakhir. Keputusan itu memberikan kelebihan kepada Lorenzo untuk muncul juara.

Marquez dilaporkan berkata;

Tiada sesiapa antara kami ada kelebihan kelajuan. Kami berdua tak ada kelebihan kelajuan berbanding satu sama lain, kami bersaing untuk beberapa lap hingga salah seorang hilang sifat sabar.

"Aku rasa dia boleh urus semua benda dengan cara berbeza berbanding apa dibuat, sebab orang yang hilang sabar itu adalah dirinya."

BACA >>> Lorenzo: Susah Marquez Nak Pecahkan Rekod Rossi

Rossi ketika bercakap kepada La Gazzetta dello Sport di Valencia hujung minggu lalu memberikan respons;

Memang normal kalau dia terus menerus dengan benda ini, tapi semua orang tahu apa berlaku pada 2015, semua faham. Jadi, setiap kali dia duk kata itu tak betul, dia cuma nampak buruk."

Rossi dan Marquez menjadi seteru sejak 'pertempuran' 2015 dan perkara itu nampaknya belum sembuh dan kini kembali menjadi ungkitan.

Juara dunia tujuh kali itu hadir ke GP Valencia untuk melihat graduan akademi VR46, Francesco Bagnaia memenangi gelaran juara dunia. Bagnaia ialah pelumba Itali pertama muncul juara dunia GP selepas Rossi dengan kemenangan terakhir pada 2009.

Rossi berkata;

Pecco memang hebat, dia perlukan zon selesa sendiri, tapi bila dia sudah serasi dengan motor, dia memang sukar untuk dikejar. Dia juga baik dan sopan, kau boleh tau sebab dia datang dari keluarga yang bagus."

Mengenai seorang lagi graduan VR46, Franco Morbidelli yang menamatkan aksi 2022 di tangga ke-19, Rossi berkata;

Aku jangka dia lebih kompetitif, tapi dia sebenarnya sedang bergelut."

BACA >>> RNF Aprilia Rekrut Oliveira, Fernandez untuk MotoGP 2023
BACA >>> Tech3 Jadi GasGas Factory Racing untuk MotoGP 2023!
BACA >>> Lorenzo: Saingan MotoGP Sudah Tak Sepanas Dulu

SUMBER: Crash

Related

100
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: 2015 MotoGP, 2022 MotoGP, Fabio Quartararo, Marc Marquez, Valentino Rossi, VR46

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev