FABIO Quartararo menjadi emosi hingga berair mata ketika membuat pengakuan terpaksa menutup televisyen kerana tidak sanggup menonton Francesco Bagnaia meraikan kemenangan.
Usaha Quartararo untuk cuba mempertahankan kejuaraan dunia MotoGP berakhir di GP Valencia apabila Pecco melakukan yang terbaik untuk merangkul kejuaraan pertama semalam di Litar Ricardo Tormo, walaupun berlaku pertembungan membabitkan dua pelumba itu pada lap pembukaan.
BACA >>> Terlajak Ucap Tahniah Pecco Juara Dunia 2022, Peminat Malaysia Dilabel Tak Pandai Matematik
Quartararo memiliki kelebihan kutipan 91 mata pada awal musim GP 2022, tetapi Bagnaia muncul mencabar gelaran juara pada pertengahan musim.
Ini sisi positif dan negatif. Aku terpaksa tutup televisyen (ketika Bagnaia meraikan kemenangan di garaj Ducati).
“Motivasinya, kami kalah gelaran juara tetapi aku akan kembali, pasukan juga sedang berusaha keras dan tiada sebab kenapa kami tidak boleh bersaing untuk kejuaraan tahun depan.
“Apabila kau hilang kejuaraan macam ni, kau kena cari sudut positif. Walaupun tepat pada masa ini, aku rasa 99 peratus negatif. Satu peratus positif itu adalah untuk empat bulan akan datang menunggu perlumbaan pertama. Aku ada lebih banyak rasa marah untuk berlatih lebih baik dan bersaing lebih sengit untuk 2023.
“Memanglah lepas race aku jadi beremosi. Aku ni fighter, seorang juara. Aku nak ada di tempat pertama. Tempoh 15 minit pertama selepas perlumbaan tamat memang detik sukar. Tapi ia sudah tamat. Kami tutup buku. Akan mula babak baharu bermula Selasa ini."
Well... we gave everything we had ..
P2 in the championship after a really tough year. Can't wait to try the bike on Tuesday 😍
Congrats to @pecco63 for the championship.
2023 start in few days ! Thanks to my team, family, friends and all the fans for everything ❤️ pic.twitter.com/l5BEEePe5C— Fabio Quartararo (@FabioQ20) November 6, 2022
Pelumba Yamaha itu berharap ujian esok di Valencia mampu mendedahkan beberapa pembaharuan jentera Yamaha YZR-M1 yang diharapkan dapat membantu mengelak risiko kehilangan rentak mempertahankan gelaran seperti berlaku musim ini berbanding musim 2021.
BACA >>> Pecco: Enjin Yamaha Quartararo Sebenarnya Tak Cukup 'Power'
BACA >>> Pecco Pelumba Pertama Ducati Menang Empat GP Berturut-Turut, Quartararo Semakin Dicabar
BACA >>> Marquez Bantu Repsol Honda Uji Bahan Api Boleh Diperbaharui Selepas Aksi GP Valencia
SUMBER: Crash
Leave a Reply