• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kia Stinger Bakal Masuk Pasaran Malaysia?

Kia Stinger Bakal Masuk Pasaran Malaysia?

February 7, 2017 By Abang GYL 1 Comment

FacebookTwitter

Kia StingerNAZA Kia Malaysia tidak menolak kemungkinan akan membawa masuk Kia Stinger ke pasaran Malaysia.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Pegawai Operasi Naza Kia Malaysia, Datuk Samson Anand George ketika majlis jamuan bersama media bersempena sambutan Tahun Baru Cina di Bilik Pameran Kia Red Cube di Petaling Jaya.

Jika menjadi realiti, ia pasti akan memeriahkan lagi segmen permotoran di Malaysia. Saya bersama-sama rakan media permotoran yang lain juga teruja sekiranya Kia Stinger masuk ke Malaysia.

Sebelum berharap ia menjadi kenyataan, apa kata kita kenali dahulu profil jentera dari Korea itu.

Kia Stinger

SOSOK BADAN SEKSI

Kia Stinger dibangunkan sebagai pesaing kepada BMW 4-Series GranCoupe dengan menampilkan sosok badan seksi dan anggun. Lihat saja garis agresif dan langsing yang bersambung hingga hujung belakang badan kereta dengan rupa lampu mengancam.

Agak mengejutkan juga apabila melihat desain Kia Stinger itu yang biasanya kita lihat pada model Audi dan BMW. Tetapi, apabila mengetahui individu penting di sebalik rekaan anggun itu, iaitu Ketua Pegawai Pereka (CDO) Kia, Peter Schreyer yang juga bekas pereka Audi, ia bukanlah sesuatu yang pelik atau menghairankan.

Menjengah ruang dalaman, rekaan papan pemuka Kia Stinger saling tidak tumpah seperti desain kabin-Y model Mercedes. Papan pemuka cembung sebagai pembahagi konsol tengah diaturkan ventilator penyaman udara dengan skrin paparan infotainment, manakala penampilan rim pula mengingatkan kita kepada gaya rim BMW.

kia-stringer-gt-10BAGAIMANA PULA PRESTASI ENJIN?

Spesifikasi diberikan memang mengujakan dengan enjin 3.3L pengecaj turbo berkembar V6 yang mampu menghamburkan kuasa setinggi 365hp dan tork 510Nm bersama paduan transmisi automatik 8-kelajuan. Hasilnya ialah pecutan 0-100kmj sepantas 5.1 saat yang disandarkan pada trenpacu roda belakang (RWD).

Sudahkah anda bersedia menerima kehadiran Kia Stinger?

GALERI

Kia Stinger
Kia Stinger

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Datuk Samson Anand George, Kia, Kia Stinger, Kia Stinger Bakal Masuk Pasaran Malaysia, Naza Kia Malaysia

Comments

  1. joehaz says

    March 9, 2017 at 12:22 PM

    pergh ada sipi sipi aston martin..3.3? agak agak berapa insurans+roadtax ni?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my