• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Subaru Forester Terbakar Selepas Rempuh 6 Kenderaan Lain di Lebuhraya KESAS

Subaru Forester Terbakar Selepas Rempuh 6 Kenderaan Lain di Lebuhraya KESAS

November 1, 2022 By Shawkath Leave a Comment

139
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

SEBUAH kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Subaru Forester berwarna putih dilaporkan terbakar selepas terbabit dalam satu kemalangan di Lebuhraya Shah Alam (KESAS) pagi tadi.

Insiden berlaku kira-kira jam 7.30 pagi di KM 38 Lebuhraya KESAS dari arah Shah Alam menghala ke Subang Jaya dan melibatkan tujuh kenderaan. Berikut ialah perincian kemalangan:

https://pandulaju.com.my/wp-content/uploads/2022/11/Subaru-Fortester-Terbakar.mp4

KENDERAAN TERLIBAT

  • Subaru Forester
  • Nissan Sylphy
  • Perodua Alza
  • Honda City
  • Perodua Beza
  • Toyota Hilux
  • Toyota Vios

BAGAIMANA KEJADIAN BERLAKU

Kemalangan Membabitkan Subaru Forester dan Enam Kenderaan Terbakar di Kesas - 5
Kemalangan Membabitkan Subaru Forester dan Enam Kenderaan Terbakar di Kesas - 2
  • Subaru Forester dipandu remaja lelaki berumur 18 tahun menukar lorong dari lorong tengah (lorong keempat) memasuki lorong ketiga dan melanggar pintu dan cermin sisi Toyota Vios.
  • Semasa perlanggaran berlaku, Vios berkenaan sedang beratur untuk menghala ke Persiaran Kewajipan, Subang Jaya.
  • Impak perlanggaran menyebabkan Forester berpusing lalu melanggar lima kenderaan lain yang berada di hadapannya sebelum terhenti di tengah-tengah jalan dan terbakar.
Kemalangan Membabitkan Subaru Forester dan Enam Kenderaan Terbakar di Kesas - 0
Kemalangan Membabitkan Subaru Forester dan Enam Kenderaan Terbakar di Kesas - 4
  • Tiada sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan membabitkan semua pemandu terlibat.
  • Polis masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti punca kemalangan.
Kemalangan Membabitkan Subaru Forester dan Enam Kenderaan Terbakar di Kesas - 6
Kemalangan Membabitkan Subaru Forester dan Enam Kenderaan Terbakar di Kesas - 3
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Saksi atau orang ramai yang ada maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, Inspektor Abdul Nasser Peping di talian 012-2863875.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Kereta Boleh Terbakar Selepas Kemalangan?
BACA >>> #ApaNakBuat: Tip Cegah Kereta Terbakar yang Perlu Anda Tahu
BACA >>> #FaktaAtauAuta: Botol Air Mineral dalam Kabin Punca Kereta Terbakar?

Related

139
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, Isu Keselamatan Jalan Raya, Kemalangan 7 Kenderaan KESAS, Lebuhraya Shah Alam (KESAS), Subaru Forester

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev