SEPANJANG 40 tahun lalu, Volkswagen Golf GTI menjadi penanda aras hot-hatch seluruh dunia kerana menawarkan keseimbangan prestasi dan pengendalian tersendiri.
Tahukah anda pada 2007, Volkswagen Golf GTI W12-650 diperkenalkan sebagai model konsep ketika pengeluar automotif dari Jerman itu memerlukan kereta konsep yang debut di Wörthersee. Festival dianjurkan Volkswagen itu adalah antara acara terbesar kepada peminat Volkswagen dengan lebih 100,000 pengunjung hadir setiap tahun.
BACA >>> #BikinAuto: Lelaki Bikin Helikopter, Pesawat Udara Macam Bentley Sendiri!
BACA >>> Bentley Continental GT Supersports (2017) Tampil Lebih Buas dan Berkuasa
Dengan enjin twin-turbo W12 daripada Bentley Continental GT yang meledakkan kuasa setinggi 641hp dalam pacuan roda belakang (RWD), model konsep Volkswagen Golf GTI W12-650 memang hot hatch yang ganas dan sangat menakutkan.
Volkswagen meletakkan enjin 12-silinder di belakang kerusi pemandu, sekali gus menjadikan ia sebuah mid-engine GTI. Bagi mengendalikan jentera konsep yang amat berkuasa itu, Volkswagen meminjam gandar belakang dan sistem brek Lamborghini Gallardo, brek depan Audi RS-4 dan transmisi daripada Volkswagen Phaeton.
Volkswagen Golf GTI W12-650 dibina berasaskan casis asal MK5 yang dilebarkan 6.3 inci, manakala sistem suspensi direndahkan 3 inci daripada model asal MK5 GTI (foto atas). Selain casis dirombak semula, sentuhan akhir rekabentuk turut melibatkan cermin belakang yang dibentuk semula, bampar belakang futuristik dan bahagian ambilan udara (air intake) yang diperluas di depan.
Rekabentuk dalaman model konsep itu menunjukkan ciri seperti sebuah jentera lumba yang dilengkapi material Alcantara hitam, pengadang suis lut sinar untuk fungsi sentral dalam kereta, dan tiada pelapik pintu, tetapi dibekalkan alat pemadam api dalam laci papan pemuka (glovebox).
Dengan segala kuasa dihamburkan dalam sistem pacuan RWD, jentera konsep itu tidak mudah dikendalikan. Selebriti permotoran, Jeremy Clarkson dalam siri Top Gear (2007) berkata; “This car will not go round corners” kerana memiliki jarak roda pendek dan dipacukan dalam RWD.
Bagaimanapun, model konsep itu memiliki kuasa setanding Lamborghini Urus pada hari ini. Hot-hatch itu juga dapat memecut 0-100kmj sepantas kurang 4 saat dan mencapai kelajuan maksimum 323kmj. Malangnya, projek gila Volkswagen tersebut tidak menjadi kenyataan untuk realisasikan sebagai model pengeluaran hingga sekarang.
BACA >>> Volkswagen Perkenal Enjin 1.5L TSI evo2 yang Mesra Hibrid
BACA >>> Volkswagen Golf GTI (2022) CKD Kini di Malaysia, Harga RM211k!
Muhammad Amin says
Ulasan yg lengkap dan menyeluruh, Tahniah kepada penulis dan penerbit.