• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Drift Sampai Jahanam Kereta Orang, Pelancong Malaysia Kena Bayar Ganti Rugi RM12k di Thai

Drift Sampai Jahanam Kereta Orang, Pelancong Malaysia Kena Bayar Ganti Rugi RM12k di Thai

November 1, 2022 By Wahid Leave a Comment

712
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KESERONOKAN sementara seorang pelancong Malaysia membuat aksi drift di Hatyai, Thailand bertukar keperitan apabila terpaksa membayar ganti rugi 100,000 baht (RM12,440).

Menurut laporan akhbar tempatan, pemandu BMW F30 berusia 32 tahun itu melakukan aksi drift di kawasak parkir kenderaan di kem gajah Chang Puak Camp, Hatyai pada jam 1 tengahari, Jumaat lalu. Perbuatan itu menyebabkan pelbagai kerosakan melibatkan sebuah kereta mengalami calar dan pecah cermin, manakala tiga tuk-tuk turut rosak.

BACA >>> Wheelie, Drift di Austria Boleh Kena Sita, Denda Hingga RM47k!

Namun, pemandu BMW itu tidak menyedari aksinya itu menjadi punca kerosakan dan terus meninggalkan kawasan perkir kereta berkenaan. Sebaliknya, pemilik-pemilik kenderaan yang mengalami kerosakan membuat laporan polis.

Ketua Polis Pelancong Hatyai, Leftenan Kolonel Anuwat Rithichai berkata, polis negara itu mengesan kereta itu di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) di Sadao, Thailand, petang semalam. Suspek pemandu bersama isteri ditahan dan dibawa ke balai polis untuk bertemu pemilik kenderaan yang mengalami kerosakan.

Selepas berbincang, semua pihak bersetuju suspek pemandu BMW itu perlu membayar ganti rugi sebanyak 100,000 baht (RM12,440). Pemandu itu turut meminta maaf atas kesalahan dilakukan dan tidak menyedari menyebabkan kerosakan kenderaan lain.

BACA >>> Diserbu Polis Thailand, 'Usahawan' Plat Palsu Hilang Pendapatan RM6k Sebulan
BACA >>> Lebih 1 Juta Pelancong Malaysia Masuk Thailand, Sumbang Hasil RM3.3 Bilion!

SUMBER: BangkokPost

Related

712
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, drift, Pemandu Malaysia Drift di Thailand, Thailand

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev