• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: Apakah Maksud Kod IP Kalis Habuk, Air untuk Produk?

#TahukahAnda: Apakah Maksud Kod IP Kalis Habuk, Air untuk Produk?

November 4, 2022 By Wahid Leave a Comment

157
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ANDA mungkin terperasan ada kod IP pada baju hujan, beg atau peranti yang dibeli. Misalnya baju hujan atau beg galas untuk kegunaan penunggang motosikal yang tertulis IPX4, atau IP68 untuk peranti elektronik seperti telefon bimbit.

Jadi mari kita rungkai maksud kod tersebut. Kenapa ada barangan menggunakan kod 'IPX', dan ada pula 'IP' dengan dua digit.

BACA >>> #TahukahAnda: Jauhi 6 Perkara Ini Jika Anda Tunggang Motosikal Ketika Hujan
BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Perbezaan Helmet Motosikal dan Helmet Kereta?

Apakah Maksud Kod IP?

'IP' di sini bukan bermaksud 'Intellectual Property' (hak cipta) atau 'Internet Protocol' (nombor khas alamat Internet), tetapi 'Ingress Protection' iaitu kalis tembus. Justeru nombor tersebut diberikan mengikut tahap ketahanan daripada dimasuki bahan seperti air atau habuk.

Kod itu pula bukan dicap senang-wenang pengeluar  produk, tetapi diuji terlebih dahulu di makmal rasmi yang membuat ujian berasaskan piawaian IEC Standard 60529 ditetapkan Suruhanjaya Elektroteknikal Antarabangsa (International Electrotechnical Commission).

Kemudian barulah tahap kalis tembus diberikan kepada produk yang lulus ujian tertentu.

IPXX

Tahap Terbahagi kepada 3 Bahagian
  1. IP - Ingress Protection (Perlindungan Kalis Tembus)
  2. X yang pertama - Perlindungan daripada dimasuki objek pepejal seperti habuk, pasir dan batu.
  3. X yang kedua - Perlindungan daripada dimasuki air.

Berasaskan gambar rajah di atas,

Baju hujan atau beg bertahap 'IPX4' bermaksud tiada kemampuan menahan habuk kerana huruf 'X' berada di posisi pertama selepas 'IP', dan kemudian disusuli nombor '4' yang bermaksud kemampuan menahan percikan air dari pelbagai sudut. Jadi kod ini dapat dilihat pada produk bukan peranti seperti contoh tadi.

Sebaliknya, produk peranti elektronik adalah paling banyak mendapat tahap IP dengan dua digit. Contohnya, telefon pintar iPhone 14 Pro baharu mempunyai tahap IP68. Tetapi, saya pula masih tidak berani untuk sanggup berenang atau menyelam dengan telefon pintar saya itu!

BACA >>> #TahukahAnda: VW Pernah Hasilkan Volkswagen Golf GTI dengan Enjin Bentley, 641hp!
BACA >>> Bridgestone Hasilkan Tayar Tanpa Angin yang Kalis Pancit, Tampung Berat 2.2 Tan!

Related

157
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: Auto Terkini, autotainment, Kod IP, Maksud Kod IP, Maksud Kod IPX, tahukah anda

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev