• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Bocor Foto Honda Accord (2023) Serba Baharu dengan Rupa Lebih Anggun

Bocor Foto Honda Accord (2023) Serba Baharu dengan Rupa Lebih Anggun

October 28, 2022 By Azhan O Leave a Comment

403
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA baru-baru ini mendedahkan imej rupa baharu Honda Accord (2023).

Menurut pengeluar automotif dari Jepun itu, Honda Accord (2023) akan membawa kembali pengalaman pemanduan untuk sedan segmen saiz pertengahan. Sedan ini juga akan dilengkapkan ciri trenkuasa hibrid yang lebih pantas dan menyeronokkan.

Dua foto disiarkan Honda menunjukkan gaya luaran Honda Accord (2023) generasi baharu dengan rekabentuk lebih banyak garis bersegi. Rupa depan menampilkan kombinasi gril heksagon dengan kontur lebih tajam. Kedudukan lampu siang (DRL) diposisikan atas kluster lampu utama seakan kening.

BACA >>> Terlanggar Belakang Accord, Sudahlah Tak Kena Marah, Tak Sangka Pula Diajak Swafoto

Lampu belakang juga direka baharu yang langsung mengubah sepenuhnya gaya belakang sedan segmen-D ini berbanding rekaan bentuk-C pada model sedia ada.

Mengenai ruang dalaman Honda Acord (2023), sedan ini akan dilengkapkan unit infotainmen baharu dengan saiz skrin dipertingkat kepada 12.3 inci. Posisi skrin masih di atas papan pemuka seperti model sekarang, tetapi kebanyakan butang fizikal dihilangkan.

Berdasarkan imej ditunjukkan, Honda hanya menyusun tombol berhampiran pinggir bawah skrin unit infotainment. Ada kemungkinan Honda hanya menggunakan butang fizikal untuk melaraskan tahap bunyi audio.

Secara umum, Honda Accord (2023) mengekalkan hampir keseluruhan rekabentuk luaran yang sama seperti imej yang didaftar tanda dagang (TM) di Brazil pada Julai lalu. Aspek spesifikasi masih tidak diketahui. Bagaimanapun, pengeluar itu mendedahkan sedan itu akan memiliki trenkuasa hibrid sendiri yang menjanjikan pengalaman pemanduan lebih menyeronokkan.

Imej tanda dagang Honda Accord (2023) dikesan didaftar Honda di Brazil pada Julai tahun ini. Model sedia ada dilengkapkan enjin 4-silinder 1.5 pengecas turbo b erkuasa 182hp dan tork 260Nm. Sebagai tambahan, sedan itu turut menawarkan pilihan enjin 2.0L pengecas turbo berkuasa 252hp dan tork 370Nm.

Portal Motor2 menjangka Honda melancarkan Honda Accord (2023) generasi baharu pada November ini,.

BACA >>> Accord Masuk Simpang Tak Beri Signal, Penunggang Maut Melambung Dilanggar
BACA >>> Honda Accord (2020) Lancar! 10 Perkara Perlu Anda Tahu, Harga Mula RM186k

Related

403
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini Fotoa Acah, Foto Bocor, Honda Accord (2023), Midsize Sedan, Roda4, sedan saiz pertengahan, Sedan Sgemen-D

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka
    Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev