• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Mforce Bike Holdings Pengedar Baharu Benelli Di Malaysia - Bakal Lancar Beberapa Model Tahun Ini

Mforce Bike Holdings Pengedar Baharu Benelli Di Malaysia - Bakal Lancar Beberapa Model Tahun Ini

February 6, 2017 By Abang GYL 2 Comments

203
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Benelli SEPERTI dijangka, Mforce Bike Holdings Sdn Bhd dilantik sebagai pengedar baharu jenama Benelli di Malaysia sekali gus mengesahkan khabar angin pertukaran pengurusan sebelum ini.

Mfore Bike Holdings atau lebih dikenali SYM Malaysia kini secara rasmi menjadi pengeluar motosikal berkuasa tinggi dari Itali berkuatkuasa 1 Februari 2017.

Pengumuman Mfore Bike Holdings sebagai pengedar rasmi Benelli selepas mengambil alih daripada Benelli Keeway Motorcycles Sdn Bhd (BKM).

Menerusi perlantikan itu, Mforce Bike Holdings akan memasang, mengedar, dan membekalkan perkhidmatan selepas jualan termasuk alat ganti bagi produk Benelli di pasaran Malaysia.

Pengurus Jualan Nasional Mforce Bike Holdings, Asri Ahmad berkata, kesemua pemilik Benelli akan terus menikmati faedah dan perkhidmatan tambahan yang dibekalkan oleh syarikat.

Menurutnya, semua Pusat Servis Mforce di Malaysia akan memberikan sokongan perkhidmatan selepas jualan bermula Mac 2017 kepada semua motosikal Benelli yang terjual sebelum ini.

Mforce Bike Holdings
Mforce Bike Holdings

BAKAL PERKENALKAN MODEL BAHARU

Dalam pada itu, Mforce Bike Holdings dalam perancangan menambah barisan model Benelli di Malaysia.

Sebagai permulaan produk-produk seperti Leoncino 500, 302R, TRK 502 dan lain-lain sedang diberi perhatian serius oleh syarikat.

Selamat maju jaya Mforce Bike Holdings!

Related

203
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: 302R, benelli, Leoncino 500, MForce Bike Holdings, TRK 502

Comments

  1. Andy says

    December 3, 2017 at 5:41 PM

    How much price and where shop?

    Reply
  2. saaid momin says

    September 16, 2019 at 10:15 PM

    no more update info since 2017?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my