• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pemandu GrabCar, Uber dan Teksi Persendirian Bakal Ada Insurans

Pemandu GrabCar, Uber dan Teksi Persendirian Bakal Ada Insurans

February 6, 2017 By Azhan O Leave a Comment

15
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

https://www.todayonline.com/sites/default/files/styles/photo_gallery_image_lightbox/public/photos/43_images/25402105.jpg?itok=7pXRJk84
BERMULA 1 Jun 2017, semua pemandu teksi bekerja sendiri, termasuk pemandu GrabCar dan Uber akan dilindungi di bawah Skim Kecederaan Pekerjaan (EIS), sama seperti pekerja lain di bawah skim Perkhidmatan Kontrak, menurut laporan TheSun, tadi.

Semua pemandu yang bekerja sendiri itu akan menyumbang pada kadar 1.25 peratus daripada pendapatan bulanan yang diinsuranskan.

Perlindungan insurans itu bakal memberikan manfaat kepada lebih 73,000 pemandu teksi bekerja sendiri atau persendirian dan 35,000 pemandu GrabCar dan Uber aktif.

Sebelum ini, pemandu teksi persendirian perlu memberi polisi insurans mereka sendiri.

WAJIB DAFTAR PERKESO

Ketua Eksekutif Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) atau Socso, Datuk Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed memberitahu TheSun, sebaik saja dilaksanakan, semua pemandu teksi persendirian akan diwajibkan mendaftar dengan Perkeso di bawah skim tersebut.

"Julat bayaran sumbangan tahunan adalah daripada RM157.20 (RM13.10 sebulan) hingga RM592.80 ( RM49.40 sebulan)," katanya.

Menurut Mohammed Azman, lanjutan perlindungan Perkeso di bawah skim untuk bekerja sendiri bermula dengan pemandu teksi persendirian dan individu yang menawarkan perkhidmatan sama dalam negara ini.

"Menteri Sumber Manusia sudah bersetuju untuk memasukkan pemandu GrabCar dan Uber di bawah skim ini," kata Mohammed Azman.

"Pemandu teksi persendirian yang terdedah kepada kemalangan atau penyakit pekerjaan akan dilindungi di bawah EIS dan tanggungan mereka akan ada perlindungan Perkeso jika berlaku kematian," katanya.

ELAUN PERAWAT-TETAP JIKA HILANG UPAYA

https://mybajet.my/wp-content/uploads/2013/03/socso.jpg
Mohammed Azman berkata lagi, perubatan, hilang upaya kekal atau sementara, pengebumian dan manfaat tanggungan (pencen) adalah antara perlindungan yang diberikan di bawah skim tersebut bagi pemandu teksi persendirian.

Manfaat lain termasuk elaun perawat-tetap, pinjaman pendidikan, fasiliti pemulihan fizikal dan vokasional, dan Program Kembali Bekerja.

Elaun perawat-tetap adalah sesuatu yang berbeza dan tambahan yang diberikan Perkeso.

"Apabila pekerja 100 peratus atau hilang upaya kekal akibat kecederaan ketika bekerja, mereka akan bergantung kepada penjaga sama ada isteri, ibu atau pengasuh. Elaun perawat-tetap akan diberikan kepada penjaga itu,"

- Ketua Eksekutif Perkeso, Mohammed Azman Aziz Mohammed

EIS akan menjadi enakmen baharu dalam Rang Undang-Undang Keselamatan Sosial Pekerjaan Persendirian 2017.

PERUNTUKAN RM60 BILION

https://media.licdn.com/mpr/mpr/AAEAAQAAAAAAAAQnAAAAJGY1NjJkNTJmLTgzMWYtNDEyYy1iNDFlLTEwMzJmYjkyZmEzMQ.jpg
Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richarf Riot Jaem dijangka membentangkan RUU itu di Dewan Rakyat dalam sidang yang dijadualkan pada 6 Mac - 6 April.

"Akta tersebut akan membolehkan Perkeso mentadbir skim tersebut untuk pemandu teksi persendirian," kata Mohammed Azman.

Tempoh tangguh dua bulan akan diberikan kepada pemandu teksi untuk mendaftar dengan Perkeso selepas RUU itu diluluskan Parlimen.

"Pegawai penguatkuasa Perkeso akan turun padang untuk bertemu pemandu teksi dan golongan yang terbabit untuk memaklumkan kepada mereka tentang skim tersebut dan mendaftarkan mereka," katanya.

Peruntukan RM60 bilion diumumkan di bawah Bajet 2016 untuk mengimplementasikan skim tersebut untuk pemandu teksi persendirian dengan pendapatan bulanan hingga RM3,000.

Perlindungan untuk pekerja persendirian adalah berdasarkan prinsip keadilan sosial sejagat di bawah Artikel 23 Hak Asasi Manusia (Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 1948) dan Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa C102 Keselamatan Sosial (Standard Minimum) 1952 dan R202 Rekomendasi Lantai Perlindungan Keselamatan Sosial 2012.

SUMBER: TheSun

Related

15
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, GrabCar, Perkeso, Socso, teksi persendirian, Uber

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev