• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Jentera Lumba Unit Terhad, KTM RC 8C (2023) dengan Enjin Diperbaharui Dilancarkan

Jentera Lumba Unit Terhad, KTM RC 8C (2023) dengan Enjin Diperbaharui Dilancarkan

October 31, 2022 By Wahid Leave a Comment

158
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KTM RC 8C (2023)
dilancarkan dengan ciri kuasa enjin lebih tinggi, pakej elektronik dipertingkat dan berat jentera dikurangkan, termasuk memperhalusi ciri lain .

Model yang julung kali diperkenalkan tahun lalu didatangkan dengan trenkuasa dwi-silinder sebaris daripada KTM 890 Duke R yang dinaik taraf. Antaranya injap titanium dan nisbah mampatan lebih tinggi. Selain itu, enjin itu juga menggunakan piston dua gelang bagi mengurangkan geseran, berbeza model biasa dengan piston tiga gegelang. Rod penyambung pada piston juga dibuat daripada titanium.

BACA >>> #Spyshot: KTM RC 990 Serba Baharu Jadikan Panigale V2 Sebagai Penanda Aras?

Berikut fakta lain mengenai KTM RC 8C (2023):

  • Liang masukan dan liang ekzos, serta kebuk pembakaran dikisar, manakala kotak udara baharu, dikatakan dapat memberikan campuran udara dan petrol lebih baik untuk respons terotel lebih padu.
  • Petrol disalurkan menerusi badan terotel 48mm, manakala pam bahan api meningkatkan tekanan. Pembaharuan ini menghasilkan kuasa 135hp @ 11,000rpm dan 98Nm @ 8,250rpm.
  • Selain itu, jurutera KTM juga ketahanan enjin dipertingkat dengan meningkatkan kekuatan spring klac, menanggalkan pengimbang atas, melaras pengimbang dalam kotak aci engkol (crankshaft), dan menggunakan penyejuk minyak Pankl.

  • Rim depan dan belakang daripada Dymag. Rim depan dibalut tayar dengan lebar 120mm, manakala saiz tayar belakang 180mm. Namun, saiz tayar belakang boleh dipertingkat kepada 200mm untuk perlumbaan.
  • Masih menggunakan ekzos titanium Akrapovic.
  • Sistem suspensi jenis fork WP Apex Pro 7543 dengan kartrij tertutup (depan), dan monoshock WP Apex 7746 (belakang).
  • Hanya mempunyai berat kering 142kg, dibangunkan bersama Krämer Motorcycles dan boleh dilumbakan dalam siri Kejuaraan British GP2. Seperti pernah dilakukan sebelum ini, KTM hanya menghasilkan 200 model ini, dan mungkin sudah habis dijual ketika artikel ini ditulis.

BACA >>> #Spyshot: KTM RC 8 Dikesan Sedang Diuji, Dijangka Lancar 2023
BACA >>> KTM RC 8C - Model Trek Edisi Terhad, Harga Mula RM178k!

ktm-rc-8c-1
ktm-rc-8c-2
ktm-rc-8c-3
ktm-rc-8c-4
ktm-rc-8c-5
ktm-rc-8c-6
ktm-rc-8c-7
ktm-rc-8c-8

Related

158
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: KTM, KTM RC 8C (2023), roda2, sportbike

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev