VALENCIA bakal menjadi medan penentu juara dunia MotoGP 2022 yang menumpukan dua pelumba handalan, Francesco Bagnaia (Pecco) daripada pasukan Ducati Lenovo dan juara bertahan, Fabio Quartararo dari kem Monster Energy Yamaha MotoGP.
Pecco yang muncul juara GP Malaysia 2022 kini mengumpul 25 mata berharga untuk menjarakkan diri dari pencabar terdekatnya, Quartararo. Beliau kini memiliki 258 mata, manakala El Diablo ada 235 mata, berbeza 23 mata sahaja.
BACA >>> Pecco: Enjin Yamaha Quartararo Sebenarnya Tak Cukup 'Power'
BACA >>> Quartararo Enggan Menyerah, Bakal Tentukan Juara MotoGP 2022 dengan Bagnaia di Valencia
Jika Pecco memenangi saingan di Valencia, pasti banyak pihak bergembira. Paling gembira sudah tentu Bagnaia kerana tahun lalu dia tewas kepada Quartararo dalam saingan merebut gelaran juara 2021.
Lagi, kem Ducati. Ini kerana kali terakhir pelumba Ducati merangkul gelaran juara dunia adalah pada 2007 menerusi Casey Stoner (Ducati Marlboro Team). Jika Pecco menang, kemarau kejuaraan 15 tahun Ducati akan berakhir.
Paling akhir bergembira ialah peminat Ducati yang mungkin bosan melihat dominasi pelumba Yamaha, Honda dan Suzuki (menang sekali) yang saling bertukar kejuaraan sejak 2008. Keterujaan peminat dan penyokong Ducati melihat Pecco muncul juara 2022 jelas kelihatan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), minggu lalu.
Portal GPOne melaporkan;
Peminat Malaysia memang ramah, tapi matematik tak pandai sangat. Pada akhir perlumbaan, mereka tayang satu sepanduk untuk rai kemenangan kejuaraan Bagnaia, tapi sebenarnya belum pun menang. Sudah buat silap dan kalau nak kirim ke Valencia pun mahal sangat."
SUMBER: GPOne
Leave a Reply