• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Siapa Sangka Toyota Supra (1997) dengan Perbatuan Lebih 250,000km Ini Dijual RM354k!

Siapa Sangka Toyota Supra (1997) dengan Perbatuan Lebih 250,000km Ini Dijual RM354k!

October 26, 2022 By Han Othman Leave a Comment

371
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SIAPA sangka selepas 15 tahun harga jualan Toyota Supra (1997) ini mampu meningkat lebih 82 peratus daripada harga asal AS$40,997 (RM193,790)

Toyota Supra adalah antara kereta sport ikonik dihasilkan pengeluar dari Jepun yang sangat popular seluruh di pasaran kereta terpakai, Toyota Supra generasi lama dengan perbatuan rendah mampu mencecah harga puluhan ribu dolar.

BACA >>> Toyota Supra Dipandu Paul Walker dalam Fast & Furious Dilelong RM2.3 Juta!

Toyota Supra Turbo MarkIV dalam artikel ini pula ialah model 1997 dan sudah dipandu lebih 250,000km, tetapi masih ditawarkan pada harga AS$75,000 (RM354,530), berkali ganda lebih tinggi daripada harga asal.

Mungkin antara sebab ia mendapat harga tinggi adalah luaran model ini yang nampak seperti baharu walaupun ada beberapa bahagian sudah kelihatan lusuh dimakan usia. Namun tidak seperti Toyota Supra lain, model ini dalam kondisi asal, atau original!

Ya, Toyota Supra (1997) ini tidak pernah dinaik taraf sama ada menggunakan sistem pengecas turbo besar atau sistem ekzos baharu.

Model ini menggunakan transmisi manual 6-kelajuan dengan diferensial antigelincir (LSD), manakala trenkuasa dijana enjin 6-silinder sebaris 3.0L twin-turbo dalam pacuan roda belakang (RWD).

Output kuasa mampu meledakkan 320hp dan tork 427Nm. Menurut maklumat laman web jualan, kereta sport ini masih memiliki rekod servis sejak 2018, termasuk rekod alat ganti ditukar juga kekal disimpan. Antaranya, radiator pernah ditukar pada Oktober 2016, tali sawat, sesendal (washer) getah, klac, dan roda tenaga (flywheel) diganti pada penghujung 2019, manakala sensor oksigen pada 2020. Paling akhir ialah unit kawalan dan bateri.

BACA >>> Permintaan Jadi Realiti, Toyota GR Supra Manual 6-Kelajuan Diperkenal!
BACA >>> #Videotomotif: Boleh Ke Pergi Kelantan Bawa Supra dengan RM400, Siap Makan?

Related

371
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Roda4, Toyota Supra (1997), Toyota Supra Turbo MarkIV (1997)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my