• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Shark Keluar Topi Keledar Edisi Terhad - Rai Juara Moto2 (2015-2016), Ada 1,500 Unit Sahaja

Shark Keluar Topi Keledar Edisi Terhad - Rai Juara Moto2 (2015-2016), Ada 1,500 Unit Sahaja

February 10, 2017 By Abang Hirata Leave a Comment

72
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

helmet-shark-race-r-carbon-zarco-2017-bg
SESUATU barang ada sebab tersendiri sebelum layak diklasifikasikan sebagai jarang atau rare. Kebiasaannya barang tersebut datang dalam bentuk edisi terhad berdasarkan peristiwa atau had bilangan eksklusif. Di negara kita, apa saja barangan rare memang jadi tumpuan.

Jika anda mengunjungi kedai pakaian terpakai atau bundle, sila perhatikan barisan koleksi barangan yang digantung di dinding atau tersimpan dalam bekas kaca. Harganya pula bukan murah, bermula serendah ratusan hingga mencecah ribuan ringgit.

Jika anda peminat automotif pula, perhatikan saja barangan yang dijual dalam grup media sosial atau laman web jual beli. Baik topi keledar mahupun aksesori lain, harganya memang tinggi. Tambahan pula jika barangan itu dalam kategori luar biasa jarang atau disebut super rare. Tidak perlu pergi jauh, jika anda terserempak Honda EX-5 NOS (new old stock) di kedai motosikal pun sudah boleh bertanya berapa harganya.

RACE-R CARBON ZARCO 2016 WORLD CHAMPION DESIGN

shark-logoBuat peminat atau pengumpul topi keledar muka penuh (full face), Shark Helmets bakal mengeluarkan topi keledar versi replika Shark Race-R PRO Carbon Zarco 2016 World Champion Design dalam edisi terhad, iaitu sebanyak 1,500 unit sahaja menjelang musim bunga ini (Mac - Mei 2017), sempena meraikan kejayaan pelumba tajaan Shark Helmets merangkul dua kali kejuaraan Moto2, Johann Zarco.

JOHANN ZARCO - JUARA DUA KALI MOTO2

Kejayaan Johann Zarco, 26, dianggap luar biasa apabila menjadi pelumba pertama memenangi kejuaraan Moto2 sebanyak dua tahun berturut-turut bagi musim 2015-2016, dan beliau juga satu-satunya pelumba Perancis yang berjaya mencipta rekod tersebut. Bagi musim 2017, Zarco bakal berpindah kelas dan berentap dalam siri MotoGP bersama tim Yamaha Tech 3.

Topi keledar replika Shark Race-R PRO Carbon Zarco tampak menarik perhatian menerusi ciri binaan khusus untuk pelumba dengan sokongan Shark Helmets bagi perlumbaan tahap tinggi. Topi keledar itu ringan, stabil, selesa dan alih udara.

GENTIAN KARBON ARAMID

Topi keledar Shark Race-R PRO Carbon Zarco diperbuat daripada gentian karbon aramid dan mempunyai dua bilah spoiler bagi fungsi aerodinamik semasa kelajuan tinggi. Penglihatan penunggang juga jelas melalui penggunaan visor optikal kelas satu dengan pelbagai ketebalan iaitu 2.8mm di tepi dan 4.25mm (tengah) yang dikatakan hampir sempurna untuk kualiti optikal.

Visor Race-R PRO dilengkapi 4-poin pengikat keselamatan yang dipatenkan bersama lapisan anti-calar pada bahagian luar dan anti-kabus di sebelah dalam. Kepala penunggang diikat kemas menggunakan cangkuk D berkembar dan dilekapkan magnet. Visor juga boleh dicabut dengan cepat (quick release), manakala bahagian dalaman topi keledar boleh ditanggalkan dan dibasuh.

TOPI KELEDAR PALING SELAMAT

sharp-helmet-rating

Siri Race-R PRO diakui antara topi keledar paling selamat dalam pasaran dengan rating 5-bintang ujian SHARP (ujian keselamatan topi keledar). Malah, sudah tampil di podium perlumbaan antarabangsa lebih 150 kali.

Topi keledar replika Shark Race-R PRO Carbon Zarco ditawarkan daripada saiz XS hingga XL pada harga RM2,812.3 (£589.99) dan dipasarkan di Britain. Setiap topi keledar mempunyai nombor siri khas dan pelekat penaja di dalam kotak. Jika anda berminat boleh layari laman web Nevis  atau membuat panggilan jarak jauh ke 01425-478936.

SUMBER: Riderr.co.uk

Related

72
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori, Auto Terkini, Roda2 Tagged With: aksesori, helmet Shark, Johann Zarco, juara Moto2 2015 - 2016, motosikal, roda2, SHARK Helmets, topi keledar, topi keledar edisi terhad Shark

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my