FRANCESCO Bagnaia menjuarai GP Malaysiadi di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dan semakin hampir dinobatkan sebagai juara Kejuaraan Dunia MotoGP 2022.
Pelumba Ducati Lenovo itu kini 23 mata mengatasi Fabio Quartararo (Monster Energy Yamaha) yang meraih podium ketiga di belakang Enea Bastianini (Gresini Ducati).
BACA >>> Lorenzo: Quartararo Harapan Baharu Yamaha
Bagnaia bermula pantas dari petak ke-9 dan berada di kedudukan ke-9 seawal Turn 1 dan mula menerajui perlumbaan selepas Jorge Martin (Prama Ducati) terjatuh pada lap ke-7. Bakal rakan pelumba pada musim 2023, Bastianini pula perlahan-lahan mengejar dan mula memintas pada pertengahan pusingan.
Bagaimanapun, Bagnaia berjaya memintas semula sebelum Quartararo mula bangkit mengajar kelompok podium. Kejayaana Bagnaia dan Quartaro meraih podium secara rasmi mengetepikan Bastinini dan Aleix Esparagaro (ke-10) daripada saingan juara musim ini.
Aksi Sepang boleh dianggap dramatik kerana pencabar kejuaraan masing-masing bermula di petak belakang. Selain Bagnaian bermula di petak ke-9, Esparagro pula ke-10 dan Quartararo ke-12. Malah, ketiga-tiga pelumba itu terjatuh dalam saingan Kelayakan pada Sabtu lalu yang mana Quartararo mengalami patah jari tengah.
Namun, nasib nyata menyebelahi Bagnaia untuk aksi final pada Ahad lalu. Pujian juga harus diberikan kepada Quartaro yang berhempas pula mengatasi pelumba depan seperti Joan Mir (kelima) dan rakan pasukan Franco Morbidelli, untuk mencabar podium, manakala Espargari kekal dalam ranking 10 terbaik.
Saingan juara bakal ditentukan dalam pusingan akhir di GP Valencia nanti antara Bagnaia dan Quartaro pada 6 November depan.
BACA >>> India Masuk Kalendar MotoGP Musim Depan?
BACA >>> Tech3 Jadi GasGas Factory Racing untuk MotoGP 2023!
BACA >>> Pecco Pintas Kutipan Mata Quartararo, Bakal Jadi Juara Dunia 2022?
KEPUTUSAN MOTOGP MALAYSIA, SEPANG 2022
- Francesco Bagnaia ITA Ducati Lenovo (GP22) 40m 14.332s
- Enea Bastianini ITA Gresini Ducati (GP21) +0.270s
- Fabio Quartararo FRA Monster Yamaha (YZR-M1) +2.773s
- Marco Bezzecchi ITA Mooney VR46 Ducati (GP21)* +5.446s
- Alex Rins SPA Suzuki Ecstar (GSX-RR) +11.923s
- Jack Miller AUS Ducati Lenovo (GP22) +13.472s
- Marc Marquez SPA Repsol Honda (RC213V) +14.304s
- Brad Binder RSA Red Bull KTM (RC16) +16.805s
- Johann Zarco FRA Pramac Ducati (GP22) +18.358s
- Aleix Espargaro SPA Aprilia Racing (RS-GP) +21.591s
- Franco Morbidelli ITA Monster Yamaha (YZR-M1) +23.235s
- Cal Crutchlow GBR WithU Yamaha RNF (YZR-M1) +24.641s
- Miguel Oliveira POR Red Bull KTM (RC16) +24.918s
- Pol Espargaro SPA Repsol Honda (RC213V) +25.586s
- Raul Fernandez SPA KTM Tech3 (RC16)* +27.039s
- Maverick Viñales SPA Aprilia Racing (RS-GP) +30.427s
- Alex Marquez SPA LCR Honda (RC213V) +33.322s
- Remy Gardner AUS KTM Tech3 (RC16)* +33.691s
- Joan Mir SPA Suzuki Ecstar (GSX-RR) +41.838s
- Darryn Binder RSA WithU Yamaha RNF (YZR-M1)* DNF
- Fabio Di Giannantonio ITA Gresini Ducati (GP21)* DNF
- Jorge Martin SPA Pramac Ducati (GP22) DNF
- Tetsuta Nagashima JPN LCR Honda (RC213V) DNF
- Luca Marini ITA Mooney VR46 Ducati (GP22) DNF
Leave a Reply