• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Suami Isteri Maut Motosikal Langgar Iswara Keluar Mengejut, 4 Anak Yatim Piatu Sekelip Mata

Suami Isteri Maut Motosikal Langgar Iswara Keluar Mengejut, 4 Anak Yatim Piatu Sekelip Mata

October 25, 2022 By Aryon Leave a Comment

1.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEPASANG suami isteri maut apabila motosikal jenis Kymco dinaiki terbabit kemalangan di KM32.3 Jalan Kuala Kangsar-Gerik-Pengkalan Hulu bertembung sebuah kereta jenis Proton Iswara dekat Kota Tampan, Lenggong, Perak, semalam.

Insiden jam 6.15 petang itu melibatkan penunggang, Azranawi Radzi, 44, dan isterinya, Rosnah Damha, 42. Azranawati meninggal dunia di tempat kejadian, manakala isterinya, meninggal dunia ketika dirawat di Klinik Kesihatan Lenggong.

BACA >>> Trak Pikap Potong Tak Lepas Punca Suami Isteri Maut, Tinggalkan 3 Anak Jadi Yatim Piatu

Menurut polis, kemalangan itu turut menyebabkan seorang remaja lelaki parah akibat patah betis kiri dan bahu kanan. Siasatan awal mendapati motosikal ditunggang Azranawi gagal mengelak sebuah kereta yang ingin memasuki jalan utama dari sebuah stesen minyak.

Pasangan tersebut dilaporkan dalam perjalanan dari Gerik menghala Kuala Kangsar, dan kereta berkenaan keluar ke arah jalan utama di Jalan lama Kota Tampan-Lenggong secara mengejut hingga mangsa gagal mengelak dan melanggar bahagian sisi belakang sebelah kiri kereta.

Mangsa parah ialah penumpang kereta terbabit iaitu remaja lelaki berusia 14 tahun, manakala pemandu Iswara, yang juga bapa remaja lelaki itu, berusia 47 tahun, tidak mengalami kecederaan. Pemandu kereta kini ditahan untuk disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Bedah siasat mayat dijalankan di Unit Forensik Hospital Gerik. Kedua-dua arwah dilaporkan meninggalkan empat orang anak yang masih kecil dan bersekolah.

BACA >>> Terbabas Langgar Triton, Suami Isteri Maut Balik Hantar Anak Belajar di Kedah
BACA >>> Van Kurier Hilang Kawalan Langgar Kancil, 3 Beranak Maut, Hanya Seorang Bayi Selamat

SUMBER: HMetro

Related

1.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, kemalangan maut, kemalangan motosikal, Kymco, Proton Iswara

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my