• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Feri Langkawi Terkandas 6 Jam di Muara

Feri Langkawi Terkandas 6 Jam di Muara

October 24, 2022 By Han Othman Leave a Comment

188
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEBUAH feri penumpang dengan lebih 500 penumpang dan kru perjalanan dari Langkawi ke Kuala Kedah terkandas di muara Kuala Kedah sejak jam 3 petang semalam sebelum berjaya dibawa merapat ke Jeti Feri Penumpang Kuala Kedah, malam semalam.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak berkata, feri itu ditunda bot tunda milik salah sebuah syarikat kargo di Kuala Kedah pada jam 9.25 malam dengan semua penumpang dan kru dilaporkan selamat.

Bagaimanapun, tiga penumpang dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk pemeriksaan lanjut kerana salah seorang mengalami sakit berkaitan saraf manakala dua lagi sesak nafas.

Seramai 272 penumpang dibawa keluar secara berperingkat menggunakan bot PERKASA 1224 Maritim Malaysia, bot ronda PSC 19 PDRM dan bantuan beberapa bot nelayan tempatan sekitar Kuala Kedah dan Yan, manakala selebihnya penumpang berada dalam feri ditunda itu.

Operasi memindahkan penumpang berdepan detik sukar kerana beberapa kali enjin bot pasukan penyelamat tersekat akibat air cetek dengan permukaan lantai laut berselut, tetapi operasi dikendalikan Maritim Rescue Sub-Centre (MRSC) Langkawi itu dapat juga diselesaikan dan ditamatkan jam 10 malam semalam.

Terdahulu, Jabatan Laut Malaysia melaporkan kepada Zon Maritim Kuala Kedah mengenai sebuah feri penumpang Express Bahagia 98 terkandas di posisi 1.2 batu nautika dari Muara Kuala Kedah dengan melibatkan seramai 547 penumpang pada jam 4.15 petang tadi.

Noor Azreyanti berkata, antara agensi dan jabatan lain yang terlibat bagi urusan pemindahan penumpang ialah Jabatan Laut Malaysia (JLM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kesihatan Malaysia (KKM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan bomba.

BACA >>> 20 Kek Rosak Akibat Terkandas 4 Jam Kemalangan Jambatan Pulau Pinang
BACA >>> Treler Habis Diesel, Rosak, Kandas Di Lorong Perlahan Punca Lebuh Raya PLUS Sesak 20km

SUMBER: Bernama

Related

188
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Express Bahagia 98, Feri Express Bahagia 98, Feri Langkawi Terkandas, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my