POLEMIK mengenai harga kereta di Malaysia mahal memang tidak pernah sunyi didebatkan. Ada saja perbandingan pro dan kontra. Tanpa menafikan fakta mengenai harga kereta di Malaysia mahal, pada masa kita juga tidak boleh mengetepikan harga kereta di negara ini masih dalam lingkungan mampu milik, ada yang murah, dan bertepatan dengan nilai ditawarkan.
Ramai pakar ekonomi dan automotif i negara jiran turut memuji kerjasama dan kolaborasi antara dasar Kerajaan, pihak perbankan dan pengeluar automotif di Malaysia menerusi sistem pinjaman kenderaan yang dilihat banyak membantu industri automotif di Malaysia menjadi dinamik, anjal dan berdaya saing. Malah, ia dilihat menjadi sebab kuat kenapa Malaysia menjadi satu-satunya negara Asean yang masih kekal sukses dengan dasar kereta nasional.
BACA >>> #SembangDeras: Inilah 5 Sebab Kenapa Dasar Lupus Kereta Sekadar Sembang!
TOYOTA VIOS MALAYSIA VS INDONESIA
Berikut ialah pendapat penasihat kewangan, juga Penyelia Agensi di CIMB Wealth Advisors Berhad, Khairul Ezwan (Key) yang dipetik daripada Facebook mengenai perihal pemilikan kereta di Malaysia dan Indonesia. Status itu mungkin akan menjawab beberapa persoalan kita tentang benarkah harga kereta di Malaysia melampau mahal? Benarkah harga kereta di negara lain, khususnya negara jiran Asean (terutama Indonesia) sangat murah berbanding negara ini?
Apapun, perbandingan yang dibuat Khairul ialah berdasarkan skim kredit bank dan harga minyak. Ada banyak perkara lain yang boleh diperhalusi seperti kos sara hidup, kos alat ganti dan senggara, nilai jual beli, dasar percukaian dan macam-macam. Apapun, pendapat tuan Khairul memang munasabah dan boleh diterima pakai selagi kita bersikap rasional, tenang dan sporting berasaskan semangat hujah dibalas hujah.
* Artikel di bawah ini ialah status yang ditulis pada 31/01/2017 dan disiarkan semula kerana relevan dengan isu semasa. Isi kandungan disunting supaya menepati skema penulisan kami tanpa mengubah maksud asal penulis. Status asal boleh klik pada pautan sumber di bawah atau nama penulis di atas.
Fakta tentang harga Vios di bawah ialah mengikut model pada tarikh status itu disiarkan. Harap maklum.
Pemilikan Kereta di Malaysia berbanding Pemilikan Kereta di Indonesia
HARGA KERETA
Harga kereta di Indonesia lebih murah? Oh, tidak. Lihat spesifikasi Toyota Vios di Malaysia bermula harga RM76,500 untuk low spec, manakala low spec Toyota Vios di Indonesia bermula harga Rp272,400,000 atau lebih kurang RM90,000.
DEPOSIT
Jika di Malaysia kita boleh beli kereta dengan deposit hanya 10% daripada harga jualan kereta. Malah, ramai yang beli dengan deposit 0%, betulkan? Jika di Indonesia, deposit minimum mereka ialah 25% daripada harga kereta. Mereka cuma boleh buat pembiayaan 75% sahaja daripada harga kereta. Jika harga Toyota Vios bersamaan RM90,000, maka deposit minimum untuk membeli kenderaan itu ialah RM22,500.
TEMPOH PEMBIAYAAN BANK
Jika di Malaysia, tempoh pembiayaan kenderaan, kita mempunyai pilihan hingga tempoh maksimum 9 tahun atau 108 bulan. Jika di Indonesia, tempoh maksimum pembiayaan adalah untuk tempoh 5 tahun atau 60 bulan sahaja. Itu pun bergantung kepada kedudukan kewangan peminjam, mungkin juga 1 hingga 4 tahun sahaja mengikut persetujuan bersama antara peminjam dan pihak bank.
FAEDAH & KADAR UNTUNG BANK (INTEREST & PROFIT RATE)
Jika di Malaysia , kadar faedah atau kadar untung bank adalah tetap 3% setahun dengan tempoh pembiayaan 9 tahun pun dikira tinggi. Di Indonesia tempoh pembiayaan maksimum ialah 5 tahun sahaja dengan faedah atau kadar untung fix 9.5% setahun.
HARGA MINYAK
Harga minyak di Malaysia untuk RON95 sekarang ialah RM2.10, manakala di Indonesia Pertamax92 berharga lebih kurang RM2.55 Ringgit Malaysia.
Jika di Indonesia, membeli sebuah Toyota Vios memerlukan deposit minimum RM22,500 dan bayaran bulanan bank serendah RM1,660 untuk tempoh pembiayaan maksimum 5 tahun. Agak-agaknya berapakah pendapatan mereka di Indonesia yang layak untuk memakai sebuah Toyota Vios baharu? Siapa kata kos hidup di Indonesia rendah? Pergi sana lihat sendiri.
Agak-agaknya jika polisi pemilikan kenderaan di Malaysia ni tiba-tiba diubah sama seperti Indonesia, berapa kerat je la agaknya yang mampu beli kereta barukan? Feel lucky to be Malaysian kan? Tak ada deposit, gaji tak besar pun masih boleh beli Toyota Vios. Mahal-mahal Toyota Vios kat Indonesia, dia orang buat jadi teksi je. Kejam tak? 😂😂
- KEY -
SUMBER: Khairul Ezwan
natang says
Malaysia tempat kedua dik harga kereta mahal kat dunia, tak mahal kepala bana lu la
AO says
Boleh nyatakan rujukan sedara untuk silang fakta
Amran says
https://jalopnik.com/the-ten-most-expensive-places-to-buy-a-car-1256855393
10. Cuba
9. North Korea
8. St. Kitts and Nevis
7. United Kingdom
6. Brazil
5. China
4. Nicaragua
3. Indonesia
2. Malaysia
1. Singapore
AO says
Data Jalopnik ada juga dikongsi beberapa laman web lain. Dan model yang dibandingkan Scion FR-S (Toyota-86) - performance. Ada web membandingkan Toyota Prius (ranking sama juga) - hibrid.
Tapi kedua-dua model tersebut bukan kenderaan massa yang dipakai orang kebanyakan, dan berstatus CBU pula. Kenapa harga CBU mahal? Itu kenalah google lagi. Dan artikel itu ditulis untuk menjawab keluhan pembeli Amerika (macam Malaysia juga) yang mengeluh harga kereta di sana mahal. Nah, jawab mereka, orang Asia lagi beli kereta mahal. Padahal mereka tak tahu kita boleh buat loan 9 tahun 0% deposit.
Sama kes seperti di Indonesia, Vios di sana mahal daripada Malaysia, tetapi Avanza lebih murah pula. Harga kereta bukan mesti terus ambik mana-mana model dah tukarkan matawang.
Harga kereta setiap region sentiasa relatif dan untuk mendakwa harga kereta Malaysia paling mahal agak kurang tepat. Mungkin harga mahal, tapi proses pemilikan menjadikan ia murah. Nampak trik di situ?
Apakah kita mengambil kira insentif kredit, cukai jalan dan insurans, termasuk realiti Malaysia juga antara negara paling banyak kereta!
Cer google 😉
Malaysian yg Give UP with Govt. says
Zaman dulu2, teksi kt malaysia sume mercedez atau volvo, sket2 jer yang pakai proton. Bukan nk ckp kereta tu dulu murah, tp mampu milik sebab segala macam taxes dan geng songkok tinggi mcm skrg..ops sooorryy...... GST masih tak ada.
So moral of the story. All the other factors need to be considered. Dont u know at arab, some of them buy house via cash, and loan less than 10 years. Why, coz house price at malaysia is damn expensive and loan tenure is what....30 years...!!!
ken says
Aku sokong. Ini tahap penasihat kewangan yg malaysia ada. Agaknya brp CGPA dia ni? Kalau nak bodoh pun, agak2 lah.
AO says
Hang je la pandai
AO says
Cepat, buktikan dia silap dan bodoh dengan hantar artikel anda ke [email protected] 😉
harris says
Kononnya kereta nasional, tapi jual dengan lebih murah di luar negara,rakyat sendiri di anaktirikan ,lepas tu nak nak suruh bangga dgn pencapaian, siapa yang di tipu dan siapa yang teruss kena tipu sampai pokai.
AO says
Kasihan
Zaim says
Adui. Malaysia no. 2 harga kereta termahal kat dunia. Cuba google. No. 1 singapore. Indonesia & thailand pun antara yang termahal. Senang cerita negara negara SEA memang semua mahal
AO says
Sudah jawab dalam komen. Sila baca 😉
Amran says
Mungkin boleh bandingkan dengan Thailand untuk lebih adil. Indonesia masih antara termahal di dunia
AO says
Hati-hati baca fakta lebai Google 😀
ape2 je cite ni says
ala nak bandingkan harga kereta malaysia dengan amerika syarikat USA kalau indon mahal sebab penduduknya padat sangat smpai jalan jem
Murni says
Kat Bandung rata-rata kereta vios jadi teksi Blue Bird. Kat sini, vios bukan main lagi jadi kereta mahal. Macam mana pula tu?
Kingsman says
Thanks tuan untuk penjelasan..tapi boleh bincangkan tak tentang harga porsche panamera sport tourismo yg dikeluarkan awal tahun 2017?harga rrp adalah sebanyak 90,000 usd - 110,000 usd bersamaan dengan nilai RM366,282 - RM447,678.. cuma rrp di Malaysia sebanyak RM900,000 - RM1,500,00 juta..kenapa ya hampir 2x ganda harganya? Boleh tuan jelaskan mungkin ada aspek yg saya terlepas pandang..terima kasih
Taufiq says
Memang kereta kat malaysia mahal pun...
Kalau harga vios di Malaysia 90,000 kat negara lain dah dapat Toyota Altis.