• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Yamaha YZF-R7 (2022) Muncul di Sepang, Bakal Jadi Model CKD?

Yamaha YZF-R7 (2022) Muncul di Sepang, Bakal Jadi Model CKD?

October 22, 2022 By Shawkath Leave a Comment

53
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

HONG Leong Yamaha Motor (HLYM) sedang mempertontonkan model sportbike Yamaha YZF-R7 di ruang pameran sempena penganjuran GP Malaysia 2022 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Model yang menggunakan skim liveri dan warna badan World GP 60th Anniversary itu dibawa dari Jepun. Khabarnya, sportbike pengganti R6 versi jalan raya itu tiba di Malaysia kira-kira tiga minggu lalu.

BACA >>> Yamaha YZF-R7 (2023) Serba Putih Lancar di AS, Kini Lebih Mahal, Harga RM40.8k!
BACA >>> Yamaha Umum Harga YZF-R7, RM46k, di Pasaran November Ini

Sumber dari HLYM menyatakan Yamaha R7 versi import (CBU) itu dipertontonkan terlebih dahulu dan pihaknya mahu melihat maklum balas pelanggan sebelum membuat keputusan muktamad sama ada menawarkan ke pasaran Malaysia atau sebaliknya.

Umum diketahui, HLYM kini lebih cenderung memasang model berkapasiti tinggi di kilang di Sungai Buloh, Selangor untuk menurunkan kos dan harga jualan.

BACA >>> Set Panel Badan Yamalube Edisi Terhad Untuk Yamaha YZF-R7 (2022)

Mengapa? Dipendekkan cerita, HLYM tiada kelebihan permit import (AP) seperti pengeluar dan pengedar jenama motosikal lain di Malaysia.

Jika respons yang diterima positif, ada kemungkinan HLYM akan merealisasikan R7 ke dalam program CKD. Perkara itu tidak mustahil memandangkan HLYM turut memasang model MT-07 di kilang pengeluaran mereka sejak 2015. Apatah lagi kedua-dua model menggunakan trenkuasa 2-silinder sama.

BACA >>> Yamaha Mulakan Siri Perlumbaan R7 Cup di Eropah untuk Pelumba Amatur
BACA >>> Siri R yang Paling Ramping, Yamaha YZF-R7 (2022) Diperkenal!

Related

53
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: 2022 GP Malaysia, GP Malaysia, Litar Antarabangsa Sepang (SIC), MotoGP, roda2, World GP 60th Anniversary, Yamaha YZF-R7, Yamaha YZF-R7 (2022)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my