• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Mitsubishi XFC Concept, SUV Subkompak Bakal Saingi Proton X50, Perodua Ativa

Mitsubishi XFC Concept, SUV Subkompak Bakal Saingi Proton X50, Perodua Ativa

October 25, 2022 By Abang Hirata Leave a Comment

228
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MITSUBISHI Motors Corporation (MMC)
pada 19 Oktober lalu mempamerkan Mitsubishi XFC Concept pada Pameran Motor Vietnam 2022.

Mitsubishi XFC Concept ialah kenderaan utiliti sukan (SUV) subkompak terbaharu. Walaupun dalam bentuk konsep, pelanggan tidak perlu menunggu terlalu lama apabila Mitsubishi memaklumkan model itu akan dilancarkan di pasaran Asean menjelang tahun fiskal 2023 (Mac 2023-Mac 2024).

BACA >>> Mitsubishi ASX (2023) Serba Baharu Debut

Mitsubishi juga nampaknya sudah menemui tapak perniagaan meyakinkan selepas model seperti Xpander dan Triton menerima sambutan baik di beberapa negara ASEAN walaupun bersaing hebat dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) dan trak pikap Toyota.

Mitsubishi juga membuktikan keupayaan dalam membangunkan model baharu yang sebelum ini tampil dengan strategi penjenamaan semula Renault Captur untuk dijadikan ASX versi pasaran Eropah. Mitsubishi bukan asing dalam segmen SUV kompak. ASX misalnya sudah berada di pasaran sejak 2010 dan masih dijual di beberapa pasaran negara.

Menurut laporan media, Mitsubishi XFC Concept akan bersaing dengan Honda HR-V, Nissan Kicks, Mazda CX-3, Hyundai Creta dan Kia Seltos.

Namun, SUV subkompak juga boleh merujuk kepada pesaing seperti Toyota Raize dan Daihatsu Rocky. Jika di pasaran tempatan, ia mungkin berada dalam segmen Proton X50 atau Perodua Ativa. Seperkara menarik, Mitsubishi memaklumkan perancangan menawarkan versi elektrifikasi untuk pasaran dalam dan luar Asean.

Berikut ciri Mitsubishi XFC Concept:

  • Menggunakan falsafah rekabentuk Robust & Ingenious.
  • Bahagian depan dengan ciri evolusi Dynamic Shield.
  • Lampu utama bentuk L digabungkan dengan lampu siang (DRL) yang membentuk huruf T.
  • Bahagian belakang juga berbentuk T.
  • Direka untuk pengendalian atas permukaan kasar dengan jarak lega bumi dan rim bersaiz besar.
  • Bahagian dalaman dengan kombinasi panel instrumen dan panel paparan horizonral dan memanjang.
  • Paparan tengah dengan tiga maklumat berasingan seperti navigasi, kondisi permukaan jalan dan pelbagai maklumat utama lain.
  • Ada empat mod pemanduan: Normal, Wet, Gravel dan Mud.
  • Menjadi model Mitsubishi pertama dengan mod Wet yang direka berasaskan kegunaan pengguna Asean untuk pemanduan selamat walaupun dalam keadaan banjir kilat akibat hujan lebat.

BACA >>> Jepun Dapat Mitsubishi Outlander Black Edition (2023), Harga Mula RM161k
BACA >>> Mitsubishi Xpander Cross (2022) Lancar di Indonesia, Harga Mula RM93k!

Mitsubishi XFC Concept.05
Mitsubishi XFC Concept.04
Mitsubishi XFC Concept.03
Mitsubishi XFC Concept.02
Mitsubishi XFC Concept.01

Related

228
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Auto Terkini, enjin SUV Perodua, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Mitsubishi, MITSUBISHI MOTORS CORPORATION, Mitsubishi XFC Concept, Roda4, SUV segmen-B, SUV subkompak

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev