ANTARA kelebihan sesetengah kereta elektrik adalah fungsi pengecasan atau bekalan tenaga kepada peranti elektrik.
Lain pula dengan Hyundai yang mendakwa mampu memberikan bekalan kuasa untuk sebuah hotel! Dalam tempoh 14 hari bermula 19 Oktober hingga 5 November ini, pelanggan boleh menikmati pengalaman menginap di Hotel Hyundai di Essex, Britain.
BACA >>> Hyundai Staria Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM179,888
BACA >>> HSDM Lancar Siri EV Penuh IONIQ 5 (2022), Harga Mula RM199k!
Sebagai makluman, Hotel Hyundai bukan penginapan kekal dengan rating bintang tertentu, tetapi sebuah kabin mewah yang dilengkapkan beberapa kemudahan lain. Ia dibuat untuk pengguna merasai pengalaman tinggal dalam hotel yang dikuasakan kereta dan pertama seumpamanya di dunia.
Penginapan itu diperkenalkan daripada hasil penyelidikan Hyundai yang mendapati:
- Hampir 46 peratus responden mengatakan kelestarian dan alam sekitar lebih penting buat mereka berbanding 5 peratus tahun apabila memilih penginapan percutian.
- Sebanyak 25 peratus memilih percutian inap (staycation) berbanding perjalanan ke luar negara bagi mengurangkan jejak karbon dengan mengurangkan perjalanan menggunakan pesawat udara.
- Sebanyak 40 peratus mencari pilihan perjalanan lebih murah tahun ini, dan 55 peratus mengakui keputusan itu dibuat berikutan krisis kos sara hidup semasa.
- Hasilnya, 53 peratus mengatakan mahu berbelanja dalam ekonomi tempatan di Britain berbanding melancong ke luar negara.
- Sebanyak 51 peratus memilih percutian inap berbanding melancong ke luar negara bagi mengelakkan tekanan gangguan perjalanan (travel disruptions), musim panas di Britain jadi lebih terik (26 peratus), dan menjimatkan wang (25 peratus).
Hotel jenis pop-up itu terdiri daripada beberapa bahagian seperti kabin mewah (tempat tinggal utama) dengan perkakasan daripada Colemans Farm. Perkakasan seperti lampu dan alatan lain dikuasakan IONIQ 5 yang disambungkan menggunakan fungsi Vehicle-to-Load (V2L).
Turut dilengkapi ialah restoran dan ruang menonton wayang. Menariknya, projektor, pembesar suara dan pembuat bertih jagung turut dikuasakan kereta elektrik.
Kereta IONIQ 5 menyalurkan tenaga kepada Hotel Hyundai melalui soket V2L yang membekalkan kuasa AC (230V/50Hz) sehingga maksimum 3.6kW (atau 15 Amp). Tahukah anda, IONIQ 5 juga ada di pasaran tempatan yang ditawarkan pada harga bermula RM199,888.
BACA >>> IONIQ 5 N Lancar 2023! Hyundai Tayang Model Konsep Prestasi RN22e, N Vision 74
BACA >>> Hyundai IONIQ 5 (2023) Diperkenal untuk Pasaran Eropah dengan Lapan Varian
Leave a Reply