KAWASAKI Eropah memperkenalkan naked bike edisi khas Z650 sempena ulang tahun ke-50 dalam skema warna Firecracker Red (merah) yang diilhamkan daripada model 80-an, Z-GP.
Warna badan merah disempurnakan dengan aksen biru gelap dan perak, manakala lencana Z dan logo Kawasaki dalam warna keemasan.
BACA >>> Kawasaki Ninja ZX-25R Muncul Sempena GP Malaysia 2022 di Litar Antarabangsa Sepang?
BACA >>> Kawasaki Ninja 650, Z650 (2023), Dapat Warna Baharu dengan Sistem Kawalan Traksi
Apa lagi kemas kini lain untuk Z650 50th Anniversary (2023)?
- Kemas kini gaya lain diberikan ialah aksen perak pada sekeliling rim merah, material pelana baharu dan logo 'Z 50th' pada fender depan. Perubahan cuma terhad kepada naik taraf warna, manakala aspek lain tidak berubah seperti lampu utama pod-tunggal, bentuuk badan tajam, pelana bertingkat dan kowl ekzos.
- Menggunakan sistem LED untuk lampu utama, termasuk lampu belakang, dan panel meter TFT berwarna dengan konektiviti Bluetooth.
- Dilengkapi ciri Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), klac antigelincir Assist & Slipper (ASC).
- Aspek mekanikal juga kekal sama, masih mengekalkan enjin 4-lejang 8-injap dwi-silinder 649cc parallel-twin DOHC penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api (FI) berkuasa 67hp @ 8,000rpm dan tork 64Nm @ 6,700rpm.
- Transmisi klac manual 6-kelajuan.
- Sistem suspensi fork teleskopik 41mm (depan), dan monoshock Horizontal Back-link jenis boleh laras prabeban.
- Sistem brek dwi-cakera petal semi-apung 300mm dengan kaliper dwi-piston (depan), dan cakera tunggal 220mm dengan kaliper piston tunggal (belakang).
- Tinggi pelana 790mm, berat kerb 188kg, kapasiti tangki minyak 15 liter.
BACA >>> Kawasaki Z650RS (2022) Rasmi Didedahkan, Harga Mula 43.2k
BACA >>> Kawasaki Malaysia Kongsi Video Ninja ZX-25R, Macam Dah Tiba di Litar Antarabangsa Sepang
Leave a Reply