• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pemijak Pintu Belakang Chevrolet Bakal Jadi Inovasi Baharu Trak Pikap

Pemijak Pintu Belakang Chevrolet Bakal Jadi Inovasi Baharu Trak Pikap

February 4, 2017 By Han Othman 2 Comments

FacebookTwitter

pemijak-trak-pikap-bg
GENERAL Motors baru saja menerima kelulusan paten bagi pemijak pintu belakang untuk ruang kargo pikap. Jangan terkejut jika rekaan baru itu bakal diperkenalkan menerusi model Silverado 2019 pada penghujung 2018 nanti.

Berdasarkan paten yang diluluskan pada Disember tahun lalu itu, seluruh mekanisme pemijak pintu belakang dimuatkan dalam pintu belakang pikap. Bahagian atas pintu belakang itu kemudian boleh ditarik keluar untuk menurunkan pemijak kaki boleh lipat. Terdapat juga satu hendal pengunci posisi pemijak supaya senang memanjat ke ruang kargo.

Sejak saiz pikap mula berubah semakin besar dan tinggi, memang agak sukar untuk naik ke ruang kargo di belakang dan Ford adalah antara pengeluar trak pikap yang cuba mengatasi masalah tersebut. Menerusi F150 (2009), Ford memperkenalkan pemijak yang boleh ditarik keluar di hujung pintu belakang seperti gambar di bawah.

ford-f150-pemijak-kaki-tangga

Justeru rekaan terbaharu GM itu dilihat sebagai salah satu usaha penambahbaikan ke atas idea asal Ford, di mana pemijak tersebut direka lebih lebar dan rendah serta tidak perlu lagi memanjat pemijak berbentuk tangga seperti yang ada pada Ford F150.

BUKAN REKAAN BAHARU

Sebenarnya, ciri pemijak untuk kenderaan jenis pikap atau trak bukanlah rekaan baharu, tetapi sudah dihasilkan pelbagai pengeluar. Selain pemijak tangga, Ford juga pernah menampilkan pemijak tepi, manakala Chevrolet pula ada memperkenalkan pemijak tepi yang boleh dibuka-simpan. Ram tidak ketinggalan menawarkan rel tepi tetap dan Nissan menyediakan pemijak boleh lipat yang boleh disimpan di bawah bampar belakang.

Chevrolet sebelum ini pernah menyiarkan iklan yang menyindir ciri pemijak tangga Ford yang dinamakan pemijak lelaki (man step). Lihat saja video promo di bawah ini. Tetapi siapa sangka rekaan F150 tersebut memberikan ilham kepada Chevrolet untuk menghasilkan inovasi yang lebih baik.

Apakah rekaan pemijak itu akan menjadi penanda aras baharu rekaan pemijak ruang kargo trak pikap pada masa depan?

SUMBER: Autoblog

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, pemijak pintu belakang, pikap, Roda4, Trak pikap

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • #TahukahAnda: Kenali Enam Subjenama GWM di China, Mana Satu Ada di Malaysia?
    #TahukahAnda: Kenali Enam Subjenama GWM di China, Mana Satu Ada di Malaysia?
  • Honda CB125R 2026, Warna Baharu, Fork USD Showa, IMU Untuk Si Kecil
    Honda CB125R 2026, Warna Baharu, Fork USD Showa, IMU Untuk Si Kecil

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my