• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / MAM Tidak Pernah Beri Kelulusan Acara Drag Litar Gong Badak

MAM Tidak Pernah Beri Kelulusan Acara Drag Litar Gong Badak

October 19, 2022 By Shawkath Leave a Comment

882
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ACARA Drag Battle of The Kings (BOTK) 2022 yang berlangsung di Litar Gong Badak di Kuala Nerus, Terengganu pada Sabtu lalu tidak mendapat kelulusan dan dikawal selia Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM).

Malah, MAM mendakwa hanya memberi kebenaran untuk acara litar dua roda, iaitu Petronas Malaysian Cub Prix di litar itu tahun ini dengan keperluan keselamatan tambahan.

BACA >>> PM: Setiap Negeri Akan Ada Satu Litar Lumba Drag

MAM menegaskan tidak pernah memberi sebarang kelulusan untuk aktiviti lumba drag di Litar Gong Badak.

Perkara itu diumumkan MAM dalam kenyataan di laman Facebook yang dibuat selepas seorang peserta Muhamad Hafez Jamal Jamaludin (Apeh Jamal) maut dalam kemalangan pada acara BOTK 2022.

MAM DRAG
MAM DRAG - 2

MAM dalam kenyataan turut menyatakan Kerajaan Negeri Terengganu turut menjemput pihaknya meneliti insiden berkenaan. Kedua-dua pihak mengadakan perbincangan berhubung keperluan memastikan keselamatan litar ditambah baik untuk mengelakkan insiden sama berulang.

MAM berkata, acara dikawa selia (sanctioned events) dibuat dengan mematuhi garis panduan am dan teknikal ditetapkan Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) dan Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM) berhubung:

  • Penganjur
  • Kemudahan
  • Peserta
  • Kenderaan

Menurut MAM:

Acara sukan permotoran yang dikawal selia akan memberi parameter jelas kepada penganjur dan peserta mengenai persekitaran perlumbaan selamat.

“Justeru, penganjur amat digalakkan memastikan acara mereka diluluskan dan dikawal selia dengan kerjasama pihak MAM.”

Jelas MAM, kelulusan dan kawalan selia mana-mana acara adalah tertakluk kepada semua peraturan dan kaedah FIM, FIA dan Peraturan-Peraturan Pertandingan Kebangsaan (NCR) tanpa kompromi. MAM turut merakamkan ucapan takziah keapda keluarga arwah Apeh Jamal.

BACA >>> #Bajet2023: Peruntukan RM20j Untuk Bina Litar Drag
BACA >>> Lumba Drag Kawasaki H2R vs Lamborghini Huracan Turbo, Siapa Juara?
BACA >>> YouTuber Buat Lumba Drag dalam Pusat Beli-Belah, GT-R Kalahkan Veyron

Related

882
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Acara BOTK 2022, Apeh Jamal, Drag Battle of The Kings (BOTK) 2022, Kemalangan Lumba Drag Litar Gong Badak, Litar Gong Badak, MUSC Motosport, Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM), Petronas Malaysian Cub Prix

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev