DUA kesilapan dilakukan Fabio Quartararo di GP Australia semalam membolehkan pelumba Ducati, Francesco Bagnaia mendahului kutipan mata untuk buruan juara dunia MotoGP 2022.
Lebih perit, Litar Phillip Island adalah salah satu trek yang mampu memberi kelebihan kepada Quartararo mengalahkan Bagnaia berbanding Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di Malaysia dan Litar Ricardo Tormo (Valencia).
BACA >>> Oliveira Juara GP Thailand 2022, Quartararo Mungkin Hilang Gelaran Juara Dunia Musim Ini
BACA >>> Prestasi Teruk di GP Thailand, Quartararo Terus Masuk Ofis Pujuk Diri Sendiri
Memulakan perlumbaan di posisi kelima antara Bagnaia (posisi kedua) dan Aleix Espargaro (posisi kesembilan), Quartararo mara ke tempat ketiga sebelum beralih ke posisi kelima pada lap pembukaan.
Ketika berebut kedudukan, Quartararo melakukan kesilapan pertama di lap keempat di Turn 4 yang menyebabkan pelumba Perancis itu tersasar, sekali gus membuatkan dia dipintas pelumba lain. Kesilapan itu juga meletakkan El Diablo di tangga ke-22.
Quartararo berkata;
Aku brek dan bahagian belakang motosikal pula terangkat. Kat depan ada Marini jadi aku terpaksa tersasar. Itulah silap aku dan bukan senang nak kejar balik.”
Pada lap ke-11 Quartararo kembali ke posisi 15, tetapi hilang kawalan di Turn 2 sebelum terbabas. Katanya;
Aku rasa aku dah potong 4-5 rider tapi masa sama, aku duk jaga tayar. Lepas tu, aku terdesak sangat nak masuk (Turn 2), tak adalah beza sangat speed masa masuk corner.
“Cuma masa tu, baru je lepas (Turn) satu dan aku terlebih laju dari speed sebelum ni.”
Bagnaia melepasi garisan penamat di tempat ketiga, sekali gus berjaya memintas Quartararo sebagai pendahulu kutipan mata sejak aksi di Portimao (GP Portugal).
Jika anda masih ingat, Quartararo memiliki kelebihan 91 mata terkumpul berbanding Bagnaia selepas menjuarai GP Belanda di Litar Sachsenring. Kini, Quartararo pula ketinggalan 14 mata. Minggu depan, El Diablo akan beraksi di SIC. Menurutnya;
Sekarang kita perlu tengok ke depan dan kita cuma ada satu tugas iaitu cuba menang. Ini memang kerja paling mencabar dalam karier aku tapi aku sedia bersaing untuknya.
“Aku cuba buat terbaik. Memang aku overriding sikit dan ada risiko membuat kesilapan memang tinggi. Itu yang berlaku hari ini (semalam).”
Quartararo bernasib baik dan patut berterima kasih kepada Alex Rins dan Marc Marquez yang sempat memintas Bagnaia pada lap terakhir. Jika tidak, pelumba Yamaha itu boleh ketinggalan 23 mata.
Rins menjadi juara GP Australia 2022, manakala Marquez ditempat kedua dan Bagnaia ketiga. Lima lagi pelumba Ducati mengisi ranking 10 terbaik, iaitu Marco Bezzecchi (Mooney VR46 Ducati) keempat, Enea Bastianini (Gresini Ducati) kelima, Luca Marini (Mooney VR46 Ducati) keenam, disusuli Jorge Martin dan Johann Zarco dari Pramac Ducati masing-masing di tempat ketujuh dan lapan.
BACA >>> Mampukah GP Malaysia 2022 Kembali Jadi Tumpuan Peminat Tanpa Valentino Rossi?
BACA >>> SIC Pertingkat Kawalan Keselamatan Litar Sepang untuk Elak Kes Curi MotoGP 2019 Berulang
BACA >>> 4 Pelumba Tempatan Bakal Beraksi di GP Malaysia 2022, Guna Tiket 'Wild Card'
BACA >>> Prestasi Teruk di GP Thailand, Quartararo Terus Masuk Ofis Pujuk Diri Sendiri
SUMBER: Crash
Leave a Reply