• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Video Mat Motor Bercempera Lari Nampak Polis Sampai Tak Sempat Isi Minyak

Video Mat Motor Bercempera Lari Nampak Polis Sampai Tak Sempat Isi Minyak

October 13, 2022 By Aryon Leave a Comment

224
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SATU video tular mengundang tawa netizen menyaksikan gelagat sekumpulan mat motor bertempiaran lari apabila dihampiri polis peronda di sebuah stesen minyak di ibu kota Kuala Lumpur.

Insiden dikatakan berlaku di stesen minyak BHPetrol Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur pada awal pagi Ahad lalu kira-kira jam 4.30 pagi.

BACA >>> Video C7 Corvette Tinggal Kereta Polis Bertiang-Tiang Jauh

Awalnya, kelihatan dua penunggang kapcai yang masing-masing membonceng rakan berhenti di satu pam minyak untuk mengisi petrol. Tetapi tiba-tiba empat sekawan mat motor tersebut bercempera lari apabila ternampak sebuah kereta polis singgah di pam sama untuk mengisi minyak.

Tidak diketahui kenapa mat motor tersebut begitu takut seperti ternampak hantu sedangkan semua mereka lengkap berhelmet.

Apa melucukan, seorang anggota polis boleh pula keluar dari kereta dengan tergesa-gesa seakan mahu mengejar mat motor berkenaan, tetapi sebenarnya lebih kepada hendak menyakat.

Kata orang, kalau tidak buat salah, kenapa hendak takut? Tidak diketahui nasib menimpa empatb sekawan tersebut. Salah seorang penunggang dilihat tidak sempat mengisi minyak dan menghidupkan motosikalnya hingga terpaksa menolak untuk melarikan diri daripada polis.

Tambah melucukan netizen adalah suara perempuan di sebalik klip video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) tersebut yang ketawa bersungguh-sungguh seperti tiada hari esok. Macam-macam hal...

BACA >>> Mat Motor Kantoi Guna Beg Foodpanda Kawan untuk Hantar Air Ketum
BACA >>> Mat Motor Terbabas Langgar Kereta, Tiang Lampu Jatuh Atas Kepala Tapi Masih Selamat

Related

224
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Mat Motor Lari Polis, Takur Polis Peronda, videotomotif

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Bagaimanakah Prosedur Tukar Enjin Kenderaan di JPJ?
    #TahukahAnda: Bagaimanakah Prosedur Tukar Enjin Kenderaan di JPJ?
  • Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0
    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev