• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Myvi Hilang Kawalan Langgar Bas, Pemandu Remaja Maut Tercampak Keluar Kereta

Myvi Hilang Kawalan Langgar Bas, Pemandu Remaja Maut Tercampak Keluar Kereta

October 13, 2022 By Han Othman Leave a Comment

728
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEORANG pemandu Perodua Myvi maut dalam kemalangan dengan sebuah bas henti-henti di KM25, Jalan Kuala Pilah-Tampin, Kuala Pilah, Negeri Sembilan, petang semalam.

Insiden berlaku kira-kira jam 4.15 petang melibatkan remaja perempuan berusia 19 tahun dari Johol menghala Air Mawang, manakala, pemandu bas pula datang dari arah bertentangan.

BACA >>> #TahukahAnda: Kemalangan 60kmj Tanpa Tali Keledar Ibarat Jatuh Bangunan 12 Tingkat!

Menurut siasatan polis, Myvi dipandu mangsa hilang kawalan hingga memasuki laluan bertentangan dan melanggar bahagian depan bas sebelah kanan.

Kemalangan tersebut menyebabkan bas terbabas ke kiri jalan dan berpusing ke arah Tampin, manakala kereta mangsa terbabas ke kiri hingga pemandunya tercampak keluar dari kereta. Mangsa yang parah di kepala disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Kes di siasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sementara itu, pemandu bas yang mahu dikenali sebagai Ravi, 52, berkata, dia terkejut sebaik saja melihat kereta mangsa di laluannya hingga terbayang dua daripada tiga anaknya yang masih bersekolah.

Menurutnya, kejadian berlaku begitu pantas dan ketika itu ada tiga penumpang dalam bas dipandunya. Sepasang suami isteri sudah berusia menjerit, manakala seorang pelajar yang juga pengguna setia mengalami cedera leher.

Ravi, yang sudah 10 bulan memandu bas henti-henti itu dari Tampin ke Bahau, berkata dapat melihat jelas pemandu Myvi tersebut tercampak keluar dari cermin depan kereta. Ketika mahu keluar membantu, pintu bas pula tidak dapat dibuka dari dalam.

BACA >>> Pemandu Myvi Maut Rempuh Mercedes, CCTV Dedah MPV Punca Kemalangan
BACA >>> Kisah Sedekad di Lebuhraya Persekutuan, Lebih Banyak Motosikal Kemalangan di Jalan Kereta

Related

728
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, kemalangan jalan raya, kemalangan maut, Myvi Langgar Bas, Perodua Myvi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my