• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Geely Paling Berminat Jadi Rakan Strategik Proton?

Geely Paling Berminat Jadi Rakan Strategik Proton?

February 2, 2017 By Azhan O 1 Comment

162
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

geely-proton-bg
PENGELUAR automotif China, Geely Automobile Holdings Ltd dikhabarkan berada di kedudukan teratas dalam usaha menjadi rakan teknikal kepada pengeluar automobil nasional, Proton Holdings Bhd, menurut media tempatan TheStar sebentar tadi.

Proton turut dikhabarkan melakukan beberapa perubahan ke atas barisan eksekutif tertinggi dalam divisyen operasi sebagai persediaan menerima kemasukan rakan teknikal baharu tersebut. Antaranya membabitkan pelantikan Ketua Pegawai Teknikal (CTO), Abdul Rashid Musa untuk mengambil alih divisyen jualan kumpulan, Proton Edar Sdn Bhd bagi melonjakkan sasaran jualan produk.

Abdul Rashid Musa_CEO Edar Proton_PanduLaju
ABDUL RASHID MUSA

Abdul Rashid (gambar) bakal menggantikan Rohime Shafie yang sebelum ini pernah menyandang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton Edar, di mana beliau akan ditugaskan ke subsidiari lain dalam Proton. Menurut TheStar lagi, bagi jawatan CTO baharu Proton pula sudah diberikan kepada seorang individu yang pernah bekerja dengan Lotus Group di Britain.

Selain Geely, pengeluar kedua terbesar di Eropah, PSA Group of France yang menghasilkan jenama terkenal seperti Peugeot dan Citroen, turut menawarkan diri untuk menjadi rakan teknikal Proton selepas tertarik dengan fasiliti dan cara kerja Proton.

"Bagaimanapun, antara kedua-dua pengeluar itu (Geely dan PSA), Geely lebih menunjukkan minat. Kedua-dua pihak sibuk dengan usaha mereka kebelakangan ini dan anda boleh lihat pegawai Geely dan PSA di ibu pejabat Proton hampir setiap hari," kata sumber dipetik TheStar.

KUASAI KILANG PEMASANGAN DI TANJUNG MALIM

kilang-proton-tanjung-malim
Jika perjanjian termeterai, Geely atau PSA bakal menguasai 51 peratus hak di kilang pemasangan di Tanjung Malim, di mana Kerajaan juga sudah memberikan lampu hijau bagi hak pemilikan asing majoriti ke atas kilang pemasangan berkenaan.

BACA >>> 7 Fakta Positif Ini Mungkin Buat Anda Tidak Risau Jika Proton Milik Asing?

Sementara itu, CEO Institut Automotif Malaysia (MAI), Datuk Madani Sahari berkata, kilang pemasangan di Tanjung Malin ialah aset Proton paling bernilai untuk mendapatkan akses terbesar bagi pasaran Asia Tenggara (Asean).

madani-sahariKilang Tanjung Malim adalah aset terbaik Proton. Sesiapa saja rakan teknikal Proton akan memiliki akses segera untuk menghasilkan kereta dengan Proton, dan boleh digunakan sebagai hab pengeluaran bagi pasaran Asean. Selain kilang pembuatan, Proton sudah berada di pasaran sejak awal 1980-an. Mereka tahu cita rasa Asean." - CEO MAI, Datuk Madani Sahari

Mengulas mengenai perubahan individu penting dalam divisyen operasi, Madani berpendapat pelantikan Abdul Rashid adalah sebahagian rancangan Proton untuk melonjakkan sasaran jualan kepada 10,000 unit sebulan, termasuk memasarkan jenama Proton supaya seiring dengan usaha teknologi yang giat dibangunkan syarikat automotif nasional itu.

"Proton sudah buat pelbagai perubahan teknologi dan Abdul Rashid dilantik ke sana untuk menguarkan mesej mengenai teknologi terbaru mereka," kata Madani lagi.

Bulan lalu, CEO Proton, Datuk Ahmad Fuaad Kenali memberitahu Proton bakal mengumumkan rakan kongsi strategik pada awal April ini, di mana tiga syarikat asing sudah disenarai pendek yang difahamkan sebagai Geely, PSA dan Renault SA.

SUMBER: TheStar

Related

162
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Abdul Rashid Musa, CEO Institut Automotif Malaysia, Datuk Ahmad Fuaad Kenali, Datuk Madani Sahari, Geely Holdings Ltd, Institut Automotif Malaysia (MAI), Proton, Proton Holdings Bhd, PSA Group, rakan strategik Proton, rakan teknikal Proton

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!
    CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev