• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Fantic XEF Rally (2023) Lancar, Jentera Rali dari Itali dengan Sistem Navigasi Satelit

Fantic XEF Rally (2023) Lancar, Jentera Rali dari Itali dengan Sistem Navigasi Satelit

October 11, 2022 By Wahid Leave a Comment

348
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENGELUAR motosikal dari Itali, Fantic Motor melancarkan XEF Rally (2023), yang juga pembabitan pengeluar itu dalam pasaran replika lumba rali Dakar.

XEF Rally (2023) diilhamkan daripada pengalaman Fantic dalam sukan lumba rali tersebut. Berikut fakta mengenai model tersebut:

  • Menggunakan enjin patuh Euro5 4-lejang 4-injap silinder tunggal 450cc DOHC penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api (FI) yang dipasang pada frem paduan aluminium dan keluli.
  • Transmisi manual 5-kelajuan dengan klac basah multiplat
  • Sebagai makluman, perlumbaan dalam rali Dakar hanya membenarkan enjin silinder tunggal dengan kapasiti maksimum 450cc berikuta banyak kecederaan dan kematian dalam kelas tanpa had kapasiti suatu masa dulu.
  • Penggunaan enjin lebih ringkas ini juga diharapkan dapat menarik lebih ramai pengeluar mengambil bahagian kerana tidak melibatkan kos terlalu tinggi.
  • XEF Rally (2023) direka untuk rali jenis enduran, iaitu perlumbaan lasak jarak jauh yang mengambil masa lama untuk ditamatkan.
  • Justeru model ini menggunakan tangki petrol yang dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama sebelah atas dan sisi, manakala satu lagi diletakkan mendatar bawah pelana.
  • Kapasiti keseluruhan petrol 30 liter, lebih banyak berbanding tangki 8 liter pada model XEF Enduro.
  • Saiz rim depan 21 inci, dan rim belakang 18 inci.
  • Menggunakan sistem suspensi KYB.
  • Saiz cakera brek depan dibesarkan kepada 300mm.
  • DIlengkapi ciri panel meter LCD 7 inci dengan skrin dengan paparan arah navigasi yang sedia untuk penggunaan fail GPX.
  • Fail GPX menandungi data navigasi berasaskan satelit secara masa nyata (real-time) tanpa memerlukan komunikasi telefon bimbit.
  • Justeru sistem navigasi model ini dapat memandu arah walaupun penunggang berada di kawasan tanpa isyarat komunikasi.
  • Sebagai makluman, setiap pelumba dalam GIVI Rimba Raid Taman Negara 2022 baru-baru ini turut diberikan fail GPX untuk dimuat naik dalam peranti GPS masing-masing.
  • Apa berbeza pada XEF Rally (2023) adalah penggunaan skrin LCD siap dengan ciri navigasi yang boleh dikawal dengan suis sebelah hendal kiri.

  • Model Fantic mula mendapat banyak perhatian berikutan kejayaan model Caballero 500 menamatkan perlumbaan GIVI Rimba Raid 2022 di tempat keempat dalam kelas rali dwiguna (dual-purpose) walaupun lebih kepada motosikal gaya hidup.
  • XEF Rally (2023) ini dijangka menjadi tumpuan pada aksi Rimba Raid akan datang!

BACA >>> Pelumba Thailand Dominasi GIVI Rimba Raid Taman Negara 2022
BACA >>> Motosikal Rali China Excelle ZF 450 LS Rally Tunggu Masa Terjah Pasaran Global

Related

348
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: dirt bike, Fanti Motor, Fantic XEF Rally (2023), Motosikal Rali, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my