APABILA memilih minyak pelincir, pemilik motosikal atau skuter harus memastikan bendalir tersebut mampu memberi penjagaan 'kesihatan' trenkuasa terbaik.
Ini kerana minyak pelincir adalah satu-satunya bahan yang ada kaitan langsung dalam memastikan semua komponen enjin dapat beroperasi pada tahap optimum.
Sebagi contoh, minyak pelincir Castrol sudah meraih kepercayaan ramai pengguna sejak puluhan tahun kerana menawarkan apa diperlukan penunggang motosikal dan skuter. Malah Castrol juga mengetahui keperluan dan kehendak penunggang masa kini dengan mengambil kira persekitaran harian dan kondisi jalan raya seluruh negara.
CASTROL POWER1 3-DALAM-1
Terbaharu, Castrol memperkenalkan siri minyak pelincir Castrol POWER1 dengan teknologi sintetik prestasi tinggi berserta formulasi 3-dalam-1 yang memiliki semua yang diperlukan penunggang. Ini termasuk pecutan luar biasa, perlindungan cemerlang dan tunggangan lancar bagi setiap perjalanan.
1. Pecutan Luar Biasa
- Menawarkan kelebihan dengan prestasi terbaik yang dimahukan setiap penunggang, iaitu pecutan luar biasa.
- Minyak pelincir Castrol POWER1 dengan formulasi 3-dalam-1 mampu mengurangkan kesan geseran komponen bergerak dalam enjin dan melancarkan operasi, sekali gus mengurangkan faktor kehilangan kuasa ketika menunggang.
2. Perlindungan Cemerlang
- Salah satu ciri penting minyak pelincir ini adalah melindungi setiap komponen dalam enjin daripada masalah haus.
- Perlindungan terbaik turut membantu mengekalkan prestasi enjin pada tahap optimum dan memanjangkan jangka hayat enjin.
3. Tunggangan Lancar
- Selain melindungi komponen dalam enjin, Castrol POWER1 dengan formulasi 3-dalam-1 juga menjanjikan tunggangan lancar dalam setiap kelajuan enjin.
- Proses operasi komponen klac ketika anjakan gear menjadi lebih lancar selain mengurangkan risiko gelinciran atau gegaran.
Jika diteliti, tiga ciri di atas jelas menjadi perlindungan penting yang diperlukan motosikal untuk kegunaan tunggangan harian.
BARISAN PRODUK CASTROL POWER1 3-DALAM-1
Castrol menawarkan tiga kategori minyak enjin Castrol POWER1 dengan formulasi 3-dalam-1, iaitu:
i. POWER1 4T 10W-40
- Sesuai untuk kebanyakan model moped, kapcai dan segmen motosikal sesaran kecil di MaIaysia.
- Disarankan untuk kegunaan tunggangan dalam bandar dan luar bandar.
ii. POWER1 CRUISE 4T 15W-50
- Fokus kepada motosikal jenis cruiser untuk tunggangan jarak jauh.
- Memiliki kadar kelikatan pelincir tinggi untuk membantu melancarkan hantaran kuasa dan pengurusan haba trenkuasa.
iii. POWER1 SCOOTER 10W-40 4-AT
- Sesuai untuk keperluan kebanyakan skuter tanpa gear.
HARGA CASTROL POWER1 3-DALAM-1
- POWER1 4T 10W-40: RM45.20
- POWER1 CRUISE 15W-50: RM47.40
- POWER1 SCOOTER 4-AT 10W-40: RM45.20
MANFAAT CASTROL POWER1 3-DALAM-1
Perbandingan ujian pecutan menggunakan motosikal Honda CB125F dan skuter Honda Activa 6G antara minyak enjin Castrol POWER1 dengan formulasi 3-dalam-1 berteknologi sintetik dan produk pesaing mendapati:
- Honda CB125F: 8 meter di depan pesaing
- Honda Activa 6G: 3 meter di depan pesaing
Ujian sama mendapati motosikal dengan minyak pelincir Castrol POWER1 dengan 3-DALAM-1 memberikan pecutan lebih lancar tanpa insiden gelinciran.
Motosikal juga mendapat tambahan 50 peratus perlindungan kehausan lebih tinggi daripada saranan had spesifikasi industri berasaskan ujian Sequence IVA (skuter dan motosikal).
BERAPA KERAP PERLU TUKAR CASTROL POWER1 3-DALAM-1?
- Pengguna disarankan membuat servis menukar minyak enjin setiap 2,000km hingga 3,000km, tetapi bergantung juga kepada kondisi enjin dan gaya tunggangan.
- Penunggang juga boleh merujuk manual disediakan pengeluar asal motosikal.
LOKASI PEMBELIAN
Pengguna boleh mendapatkan Castrol POWER1 di semua Castrol Bike Point seluruh negara, cawangan Castrol Service dan gedung rasmi Castrol di Shopee, Lazada dan PGMALL.
RipanaAwang says
JB ADA Jual x
Azhan O says
Ada