CHEAR Global secara rasminya mengumumkan harga jualan yang disyorkan untuk model Italjet Dragster iaitu masing-masing sebanyak RM29,500 untuk varian 125 manakala versi 200 berharga RM34,800.
Bagaimanapun, rata-rata pengguna Malaysia merasakan harga yang dikenakan itu agak mahal untuk sukter Italjet Dragster apatah lagi ia sebuah produk pemasangan tempatan (CKD). Untuk mengulas mengenai soal harga itu, PanduLaju bersama media permotoran lain sempat bertanyakan mengenainya.
Ketua Jualan dan Pemasaran Chear Global, Muhammad Syahrul (bawah kiri) dan Pengurus Pemasaran dan Jualan Italjet Spa (Itali), Sandro Caparelli menjawab beberapa soalan yang kami ajukan:
1. BOLEH ULAS BAGAIMANA HARGA ITALJET DRAGSTER DITENTUKAN?
Caparelli:
"Harga yang diperkenalkan ini hampir sama dengan harga di Eropah, sangat hampir. Kamu tau di Malaysia ada duti kastam dan macam-macam. Sebab itu kami ada sinergi (projek CKD) dengan Mofaz dan Chear Global di sini untuk mengurangkan duti kastam. Kalau tak harganya haah..(mesti tinggi)."
Syahrul:
"Harga CBU sebenarnya lebih tinggi disebabkan perbezaan kadar cukai kat sini (Malaysia). Sekarang dah CKD Itali (pemasangan motosikal di Malaysia guna komponen dari Itali), kami dapat rendahkan kadar cukai. Macam anda tahu, jika CKD caj cukainya lebih rendah. Sebab itu anda dapat harga yang cukup cantik."
Caparelli:
"Saya kena kongsikan benda ini. Setiap kali saya hadir ke pameran di merata tempat, orang berkunjung dan melihat Dragster lalu bertanyakah harga. Saya jawab harganya hampir sama di Eropah.
"Mereka kata ohh agak murah lepas melihat perincian dan komponen yang dipasang. Kalau orang yang tak minat dengan Dragster dan mahukan skuter komuter biasa, mereka kata ia terlalu mahal."
"Kalau kamu buat pertimbangan, sebagai contoh harga Yamaha XMax 125 di Eropah lebih kurang 5,000 Euro di Eropah dan skuter Dragster 125 kami pula 5,000 (Euro) di Itali. Ada perbezaan (komponen) tapi kita boleh buat perbandingan.
"Sebab itu saya kata saya gembira kerana tiada sesiapa akan datang dan beritahu ini (Dragster 125) lebih mahal kalau dibandingkan skuter 150cc. Suka atau tidak, saya tidak pernah bersaing dari sudut harga."
Syahrul:
"Rasanya anda semua tau setiap perincian (membabitkan komponen berjenama) seperti Brembo dan lain-lain. Semuanya produk high-end. Skuter ini sesuatu yang unik."
BACA >>> Italjet Dragster 125, 200 Lancar di Malaysia Sabtu Ini! Harga Kekal Misteri
2. KALAU BAWA MODEL CBU, BERAPA PULA PERBEZAAN HARGA DENGAN CKD?
Caparelli:
"Saya rasakan (harga) lebih kurang 30 peratus lebih tinggi untuk model CBU (berbanding CKD)."
BACA >>> Skuter Italjet Dragster Dilabel 'New Urban Superbike', Ini Penjelasan Wakil Itali
BACA >>> Dovizioso Jalin Kerjasama dengan Italjet, Bangunkan Skuter Dragster
BACA >>> Italjet Dragster 125, 200 Akan Muncul Semula di EICMA 2019
Leave a Reply