• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Bermaz Auto Perkenal Varian Baharu Mazda CX-3 dengan Enjin 1.5L, 2.0L, Harga Mula RM107k

Bermaz Auto Perkenal Varian Baharu Mazda CX-3 dengan Enjin 1.5L, 2.0L, Harga Mula RM107k

October 5, 2022 By Han Othman Leave a Comment

205
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BERMAZ Auto
hari ini memperkenalkan dua varian baharu Mazda CX-3 (2022), iaitu SKYACTIV-G 1.5L 2WD Core dan SKYACTIV-G 2.0L 2WD Core kepada mereka yang mahukan kenderaan utiliti sukan (SUV) aras mula bergaya dengan pakej ideal dan kecekapan bahan api terbaik.

Varian baharu ini dijana enjin petrol SkyActiv-G 1.5L berkuasa 114hp @ 6,000rpm dan tork 149Nm serta dipadankan transmisi automatik 6-kelajuan SkyActiv-Drive dengan mod Manual Shift.

BACA >>> SUV Elektrik Mazda MX-30 (2022) Buka Tempahan! 12 Perkara Anda Perlu Tahu

Varian ini juga dibekalkan teknologi Kawalan Pemvektoran-G (GVC) Mazda untuk kestabilan pemanduan dan prestasi.

Berikut perincian mengenai Mazda CX-3 (2022):

  • Didatangkan sebagai unit import (CBU) dari Thailand dalam dua pilihan enjin
    • SkyActiv 1.5L 2WD Core - (RM107,870, Semenanjung / RM110,612, Sabah & Sarawak)
    • SkyActiv 2.0G 2WD Core -(RM118159, Semenanjung / 120,813, Sabah & Sarawak).
    • Harga adalah atas jalan tanpa insurans.
  • Spesifikasi varian sedia ada, 2.0L High (RM131,159, Semenanjung / RM134,013, Sabah & Sarawak), termasuk 2.0L 2WD Core kekal tidak berubah seperti kuasa 154hp @ 6,000rpm, dan tork 206hp @ 2,800rpm, lampu utama dan lampu belakang LED, pengecas wayarles Qi, konektiviti Apple CarPlay wayarles, bumbung surian elektrik, monitor pandangan 360º, dan sistem bantuan pemandu i-Activsense , terdiri daripada Kawalan Lampu Suluh Tinggi (HBC), Pemantau TItik Buta (BSM), Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA), Sokongan Brek Bandar Pintar (SCBS), Amaran Perhatian Pemandu (DAA) dana Sistem Amaran Tukar Lorong (LDWS).
  • Ada enam pilihan warna: Snowflake White Pearl, Soul Red Crystal, Jet Black, Machine Gray, Polymetal Gray dan Platinum Quartz.
  • Varian baharu ini (Core) tidak mendapat ciri pedal syif, lampu kabus depan, sensor hujan, sensor parkir (depan dan belakang), dan pengeas wayarles Qi

Tempahan kini dibuka dan setiap pembelian dipakejkan bersama lima tahun waranti pengilang, dan lima tahun servis percuma, termasuk kos buruh,, alat ganti dan pelincir. Waranti dan servis percuma meliputi tempoh lima tahun atau had perbatuan 100,000km (mana satu tiba dahulu).

CX-3 1.5 Core kini dipamerkan di Bermaz Auto Showcase di Oval Concourse 1 Utama Shopping Centre bermula jam 10 pagi hingga 10 malam bermula 5-9 Oktober ini. Turut dipamerkan ialah model lain seperti CX-8 2.5L, BT-50 dan kenderaan elektrik bateri (BEV) pertama Mazda, MX-30.

BACA >>> Pencuri Mazda6 Pandu Turun Tangga, Tapi Sangkut Rel Tangan
BACA >>> Bermaz Auto Alliance Buka Pusat 3S Peugeot Pertama di Glenmarie, Selangor

mazda-x3-2022-1
mazda-x3-2022-2
mazda-x3-2022-3
mazda-x3-2022-4
mazda-x3-2022-5
mazda-x3-2022-6
mazda-x3-2022-7

Related

205
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Bermaz Auto, Mazda CX-3, Mazda CX-3 SKYACTIV-G 1.5L 2WD Core, Mazda CX-3 SKYACTIV-G 2.0L 2WD Core, roda2, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?
    #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev