• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Hyundai Staria Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM179,888

Hyundai Staria Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM179,888

October 5, 2022 By Han Othman Leave a Comment

856
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


WAKIL pengedar rasmi kenderaan Hyundai di Malaysia, Hyundai Sime-Darby Motors (HSDM) melancarkan kenderaan pelbagai guna (MPV) 10-kerusi Hyundai Staria dalam tiga varian, iaitu Lite, Plus dan Max pada harga bermula RM179,888.

Direka untuk famili besar dan perniagaan, MPV saiz penuh ini didatangkan dalam konfigurasi kerusi 2-3-2-3 dengan menawarkan ruang simpanan selesa dan kerusi gelongsor bagi meningkatkan versatiliti untuk memenuhi keperluan pengguna sama ada sebagai pengangkutan, memuatkan barangan dan latan sukan atau pergi berkhemah.

BACA >>> HSDM Lancar MPV Staria Premium Versi CBU, Harga Mula RM358k!
BACA >>> Hyundai Perkenal Bas Sekolah Canggih, Staria Kinder untuk Pasaran Korea Selatan

Berikut perincian Staria (2022):

HARGA DAN VARIAN

  • Staria Lite - RM179,888 (harga atas jalan tanpa insurans) untuk dua tahun waranti atau 50,000km (mana satu tiba dahulu), atau opsyen naik taraf RM10,000 untuk lima tahun atau 300,000km (mana satu tiba dahulu) + servis percuma tiga tahun atau 50,000km (mana satu tiba dahulu).
  • Staria Plus - RM196,888 (harga atas jalan tanpa insurans) untuk dua tahun waranti atau 50,000km (mana satu tiba dahulu), atau opsyen naik taraf RM10,000 untuk lima tahun atau 300,000km (mana satu tiba dahulu) + servis percuma tiga tahun atau 50,000km (mana satu tiba dahulu).
  • Staria Max - RM209,888 (harga atas jalan tanpa insurans) untuk dua tahun waranti atau 50,000km (mana satu tiba dahulu), atau opsyen naik taraf RM10,000 untuk lima tahun atau 300,000km (mana satu tiba dahulu) + servis percuma tiga tahun atau 50,000km (mana satu tiba dahulu).

SPESIFIKASI

  • Dijana enjin 2.2 CDRi Diesel berkuasa 175hp @ 3,800rpm, tork 431Nm @ 1500-2500rpm.
  • Transmisi automatik 8-kelajuan.
  • Ada 4 mod pemanduan: Smart, Normal, Eco dan Sport dengan sistem pauan roda depan (2WD).
  • Sistem suspensi strut MacPherson (depan), dan Multi-link (belakang)
  • Rim aloi 17 inci (Lite dan Plus) dengan tayar 215/65 dan 18 inci (Max dan Premium) dengan tayar 235/55.

CIRI KESELAMATAN

  • 6 beg udara
  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Agihan Brek Elektronik (EBD)
  • Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC), Pengurusan Stabiliti Kenderaan (VSM)
  • Sistem Kawalan Traksi (TCS).
  • Kawalan Bantuan Daki Bukit (HAC)
  • Pautan kerusi kanak-kanak ISOFIX

TEKNOLOGI BANTUAN PEMANDU HYUNDAI SMARTSENSE

Ciri ini dibekalkan untuk varian Staria Max dan Staria Premium sahaja.

  • Bantuan Perlanggaran Titik Buta (BCA)
  • Bantuan Perlanggaran Trafik Lintas Belakang (RCCA)
  • Bantuan Kekal Lorong (LKA)
  • Kawalan Jelajah Pintar (SCC) dengan fungsi Henti & Mula (Stop & Go)
  • Bantuan Keluar Selamat (SEA)
  • Amaran Penumpang Belakang (ROA)
  • Bantuan Lampu Suluh Tinggi (HBA)
  • Amaran Jarak Parkir (PDW)
  • Monitor Paparan Keliling (SVM)
  • Amaran Perhatian Pemandu (DAW)
  • Amaran Kenderaan Depan Gerak (LVDA)

BACA >>> Hyundai Stargazer Jadi MPV Pilihan Sepanjang GIIAS 2022 di Indonesia
BACA >>> Mitsubishi Xpander Kekal Raja MPV Bukan Nasional di Malaysia

Related

856
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: hyundai, HYUNDAI staria, Hyundai-Sime Darby Motors, Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM), MPV, MPV Full-Size, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my